Thursday, October 16, 2008

Indahnya syawal

Ramadhan telah berlalu....rasa sedih dan terkilan tersemat di hati kerana pada bulan yang mulia itu aku tidak sempat mengisinya dengan amal ibadah yang sepenuhnya.Banyak kekangan dan halangan yang menjadikan aku ralat mengisi bulan tersebut dengan penuh kusyuk mengerjakan ibadah......sedih terasa kerana aku tidak berpeluang mengisinya dengan solat terawih berjemaah kerana halangan baby yang tidak boleh ditinggalkan. Air mata menitis sepanjang malam bila mengerjakannya sendirian.....namun aku tetap bersyukur kerana ada waktu yang tersisa untuk mengaji Quran.....dan terubat juga apabila berpeluang bersembahyang raya .....adik bongsu ku berkorban tidak bersembahyang raya pada pagi yang mulia dengan menjaga anak-anakku, baby angah dan adik. Anak sulungku turut mengerjakan solat pada pagi hari raya. Perasaan sayu,sedih dan sebak kerana terpaksa meninggalkan bulan yang mulia.....terasa aku begitu kerdil dan tidak sebertuah orang lain kerana tidak berpeluang mengerjakan amal ibadah yang sepenuhnya. ......

Datangnya syawal.....paling indah dan gembira menyambutnya tentulah anak-anakku....terutamanya bila berpeluang bersama sepupu-sepupunya yang sekali sekala bertemu.Ada masa-masanya mereka mereka mengalami masalah komunikasi kerana anak-anakku kurang faham loghat kelate tetapi itu bukan masalah besar bagi mereka....yang penting dapat bermain dan bergembira.
Aku pula yang paling penting dapat bersama ma dah ayah pada pagi syawal.....sebak terasa bila mengenangkan ada masanya aku pernah menyakiti hati mereka.....banyak dosanya aku sebagai seorang anak sama ada aku sedar ataupuntidak.....harapan ku diberikan waktu untuk membahagiakan mereka disepanjang usia tua mereka. Pada pertengahan november ini ma dan ayah akan ke tanah suci buat kali kedua.....semoga ibadah mereka diberkati dan dipanjangkan usia untuk mengerjakannya....doa ku sebagai anak ialah diampunkan dosa kedua ibubapaku dan ibadah mereka diterima oleh Mu....Amin.

Sepanjang syawal ini ....banyak jemputan rumah terbuka.....kat sekolah pun hari-hari ada makan-makan.....penuh perut!!!!. Moga dimurahkan rezeki pada mereka yang bermurah hati memberikan kami makan....Amin.Itulah indahnya syawal....dalam dok makan-makan tu kenalah beringat untuk berpuasa pada bulan yang indah ini....sama ada puasa sunat ataupun puasa ganti.