Thursday, May 28, 2009

Selamat bercuti....


Esok akan bermula cuti persekolahan.....tapi bagi guru-guru sepertiku, istilah cuti itu sebenarnya tidak ada kerana dalam cutipun kami bekerja...ada kelas tambahan, menyemak kertas peperiksaan dan sebagainya. Kepada anak- anak didik ku selamat bercuti...jaga diri dan semoga kembali ke sekolah dengan semangat baru untuk lebih rajin belajar kerana sudah dapat cuti yang panjang.

Tuesday, May 26, 2009

Busy giler.....


Sibuk sangatlah.....tak tau nak cakau yang mana....kat sekolah....sibuk jaga exam nga semak kertas....kat umah pun terpaksa bawa skrip dan wat kerja sekolah....sampai anak-anak pun merungut.....ibu ni asyik garang dan marah-marah je bila diaorang bising sebab ibu nak mark paper....kesian diaorang....tapi nak wat macamana....dah namapun guru maka kena la bekerja sampai ke rumah.
Lepas cuti nanti aku sibuk pulak menyediakan headcount markah....sepanjang tahun la aku kena berperang dengan tugas ni....bagi aku mengajar tu seronok tapi bila kena buat kerja perkeranian ni la yang buat aku pening nga tension . Apa nak buat redha je walau dalam hati tu kekadang merungut jugak....nak buat camana....tabahkan hati jela...mudah-mudahan diberikan kekuatan dan kesihatan agar semuanya berjalan lancar. Amin!!!!

Monday, May 25, 2009

Frust la.......

Sekarang sibuk menanda skrip jawapan BM form 5.....frust jugak rasa hati bila ada yang gagal dan tidak menggunakan apa yang aku ajar dalam skrip jawapan tersebut....dah berulang kali benda yang sama diajar tapi bila keluar soalan masih lagi kesilapan yang sama diulang. Ada yang lansung tidak mahu berfikir dan menjawab soalan....tidak mahu mencuba dan kertas dipulangkan kosong tanpa jawapan.....mengertilah anak-anak ku kita semua diberikan akal dan fikiran untuk berfikir.....kedunguan dan kebodohan bukan sesuatu yang diwarisi tetapi ianya bergantung kepada akal dan diri sendiri untuk membiarkannya bertahta di kamar hati atau membiarkannya jauh berlalu pergi. Bila yang bodoh itu dibiarkan berlalu pergi maka cerdik dan bijak itu akan datang sendiri....pokok pangkalnya hati dan mahu ataupun tidak sahaja. Masih belum terlambat anak-anakku untuk mula membunuh virus itu!!!!!
Fikirkan....apalah guna wajah yang tampan,kacak ataupun seraut wajah yang cantik jelita....andai otak dungu dan malas berfikir....mahukah kalian mewarisi kekurangan itu kepada anak-anak dan keturunan mu yang akan datang.....
Sebagai seorang yang berusia aku telah mengenal aksara kehidupan ,telah menelusuri onak perjuangan dan aku tahu hidup tidak semudah bayangan ataupun seindah mimpi bila dipejamkan mata tapi.....huruf-huruf kehidupan itu akan membawa kita kepada sebuah hakikat sama ada kita akan mendapat kesenangan ataupun sebuah kesusahan dan airmata perpanjangan.....Bangkitlah anak-anakku....biarkan yang baik menjadi penghuni taman hati dan jauhkan yang tidak baik itu walaupun lintasan sedetik cuma.....

Monday, May 18, 2009

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU


Ucapan selamat hari guru buat semua guru-guru yang bertugas mendidik anak bangsa.....Jutaan terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diriku....tanpa kalian semuatidak mungkin aku berdiri di sini seperti hari ini....
Buat guru-guru yang pernah mengajar ku di SK Kg. Peria, Kuala Krai, SMK Pahi, SMK Kuala Krai ...dan semua pensyarah USM... Terima kasih diucapkan....Jasa mu Di kenang....
Buat arwah guruku....En. Shamsuddin, Cikgu Mat....semoga oh mu ditempatkan di sisi orang yang soleh....Buat semua kawan seperjuangan yang bergelar guru...selamat hari guru....teruskan tugas dengan seikhlas mungkin...kita mungkin tidak dipandang di dunia tapi ganjarannya tetap ada di akhirat jua....
JANGAN SEDIH JIKA TIADA YANG MENGENANG JASA KERANA ITULAH DUNIA KITA...YANG PENTING KITA AKAN TERUS BERSUARA....TERUS BERBICARA, MENBERIKAN ILMU BUAT WARGA BANGSA TERCINTA. IKHLAS DAN REDHA KERANA INI JALAN KITA....TAHNIAH BUAT SEMUA GURU YANG BERJASA....SELAMAT HARI GURU.....

Wednesday, May 13, 2009

Bertambah usia


Satu rasa, satu cita dan satu cinta

Gemersik suaramu menyanyikan nada rindu
Tiada lagi suara tangisan
Tiada lagi lagu sendu
Hati mu berbunga bahagia bersulam damai
Lalu ku melafazkan tangisan syukur
Lantas ku mampu mengukir senyuman
Perpaduan ini menyatukan kita
Biar berbeza tapi tidak mengapa
Jiwaku dan jiwamu terukir menjadi satu
Biar berbeza rupa, biarpun langkah tidak sehala
Namun kita satu rasa, satu cita dan satu cinta
Mari genggami misi perpaduan
Kau , aku sama, biarpun berbeza rupa
Darah merah mengalir sewarna
Beza kita pada nama
menyatu dalam senada
Nekad satu, menggapai damai bahagia
Akan ku melukiskan jiwa perpaduan
Akan ku larik mimpi-mimpi senada
Akan ku memintal buih-buih kedamaian
Yang mampu menyatukan engkau dan aku.

Lirik lagu ini aku cipta semasa anak-anak didikku menyertai karnival muzik dan budaya
peringkat daerah....biarpun tidak menang tapi dia meninggalkan kesan yang dalam di lubuk hati kerana melodi dan liriknya akan terus terpahat di jiwaku selamanya...dan begitu juga akan terus kekal di ingatan penyanyinya farah, Fendi, ninda....pemain gitar...zul dan keyboard...Kit Yin....Kalah dan menang adalah adat bertanding yang penting kita mencuba dan berani untuk menyahut cabaran....
Jangan mengaku kalah sebelum berjuang....

Semoga berjaya


Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula.....semoaga anak-anak didikku akan melakukan yang terbaik dan menggunakan segala ilmu yang diajar oleh kami. Semoga berjaya.....
Cabaran akan datang daripada setiap penjuru....tapi suluhi ruang dan penjuru itu dengan keyakinan yang tebal....kecekalan dan kekuatan dan bila ada semuanya itu sebati dalam diri dan dalam jiwa....datanglah badai sekalipun engkau tidak akan gentar menghadapinya. Begitu juga dalam perjuangan mencari ilmu...andai engkau sudah cukup berusaha....gigih menggali informasi dan tidak takut untuk melakukan transformasi....datanglah soalan peperiksaan dalam bentuk apa saja engkau akan mampu menjawabnya. So...GOOD LUCK!!!!

Hadiah hari guru....

Semalam aku baru mencuit sedikit tentang fenomena murid sekarang....natijahnya aku mendapat hadiah hari guru sebelum masanya iaitu kereta ku dicalar....dengan pisau atau duit syiling....tinggal kesan yang dalam...terima kasihlah pada yang melakukannya....moga Tuhan memberikan dia hidayah yang baik....Kerana dunia ini berputar....setiap apa yang dilakukan akan mendapat balasan setimpal....Tidak mengapa!! aku hanya akan mendoakan yang terbaik.....
Itulah balasan dan hadiah buat seorang guru sepertiku dan aku tahu ramai lagi kekawan yang mengalami nasib serupa.....baru beli kereta baru....plastik pun belum dibuka tapi sudah dicalar....tidak tahu atas dasar apa dilakukan.....mungkin kerana tangan dah kreatif sangat untuk melukis dan tidak ada tempat lain untuk melukis....jadi kereta cikgu yang jadi tempatnya terima kasih murid-muridku

Tuesday, May 12, 2009

Menjelang Hari Guru

Hari Guru.....saban tahun disambut...tetapi berapa kerat sangatlah yang menghargai guru.....guru sekarang banyak dilabelkan dengan imej negatif....di media massa guru di heboh-hebohkan bagai penyagak yang memukul dan mencubit pelajar sesuka hati....guru dicemuh...dilemparkan kata-kata nista....tapi lupakah mereka yang mengata....guru juga insan biasa yang tidak pernah sempurna...tetapi mereka juga ada rasa...ada jiwa yang akan terluka bila dinista...dikata, dihina dan dicerca.
Lupakah mereka....sejarah mereka juga bermula dari seorang guru biasa....yang mengajar tulis dan baca....walaupun mungkin jasa guru hanya sekelumit cuma tapi mereka tetap juga berjasa. Tiada guru yang memukul murid jika murid itu tidak berbuat apa-apa atau patuh pada arahan....guru mencubit hanya untuk mendidik....sayangkan anak tangan-tangankan....tapi anak-anak zaman sekarang tidak boleh dijentik....yang buruknya guru jua....yang jahatpun guru jua. Maka jadilah fenomena sekarang apabila guru memekakkan telinga...membutakan mata....tidak menegur...jadilah murid-murid sekarang yang terlebih ajar...timbullah kes buli, bergaduh...biadap dan sebagainya kerana guru tidak boleh mengajar ,tidak boleh mendidik....jika dicubit....dimarahi....guru tersebut pula yang disalahkan. Jadi apa nak jadi....ibu bapalah yang harus memikirkan jalan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kami di sekolah hanya paling maksima mendidik mereka 6 hingga 8 jam...yang selebihnya ibu bapalah yang perlu mencorakkan mereka. Jangan salahkan guru andai anak-anak biadap dan degil tapi muhasabah diri....cukupkah pengajaran yang anak-anak dapat daripada ibu dan ayah mereka.
Rajuk guru tidak akan ke mana ....mereka akan kembali berkata-kata....akan kembali bersuara....untuk berkelana dan bercerita...mengajar murid erti budi bahasa....erti indahnya bahasa untuk bersuara dan yang paling penting....satu tugas guru yang tidak akan pernah selesai ialah....mendidik seorang murid menjadi manusia....bukan sekadar manusia tetapi manusia yang sempurna walaupun guru jua hanya manusia biasa.... Moga Allah permudahkan jalan buat guru-guru yang ikhlas berjasa...Insyaallah... "SELAMAT HARI GURU

Seorang ibu....Selamat hari ibu

Tergenang air mataku bila anak keduaku membeli sekuntum bunga dari duit belanja yang aku berikan untuknya membeli makanan......" untuk ibu...angah beli dari cikgu di sekolah". Dia juga melukiskan dua kad ucapan untuk ku dengan lafaz " maafkan angah kerana selalu sakitkan hati ibu..." aku senyum je....di hatiku terasa pilu dan terharu betapa dia menghargai dan menyayangi ku sebagai seoarang ibu.
Anak sulung ku pula menghadiahkan kad ucapan selamat hari ibu...dia ni pendiam sikit dari angah.....bila ditanya " kakak sayang ibu???" dia akan mengangguk dan menangis....sukar untuk ditelah hatinya.....tapi dia memang cepat sensitif....bila aku sedih dia dulu yang akan menangis...dan bergenang airmata....terutama bila diceritakan tentang kampung, dia memang rindukan tok ma, tok ayah, nenek dan atuknya di kampung.....
Anak ketigaku...Anis Arissa....seringkali mengucapkan " adik sayang ibu....adik nak ibu..." .Sesungguhnya mereka adalah milik ku yang terindah dan begitu berharga.....dan dengan adanya mereka aku dapat rasakan diriku juga begitu berharga buat mereka.....Suamiku pula.....ucapan pada hari ibu " terima kasih kerana memberikan puteri-puteri yang comel....tak ada hadiah....tapi abang berikan hadiah rumah kecil ini buat su dan anak-anak. Tidak mengapa! bukan kekayaan yang ku pinta, cukuplah segala rasa cinta dan kasih yang kita jaga selama ini.
Terkenang juga ibuku di kampung...tanpanya dan tanpa kasih sayangnya tidak mungkin wujudnya aku seperti hari ini.Nilai seorang ibu tiada gantinya...Apalah ertinya hidup ini tanpa hadirnya seorang ibu.
Selamat Hari ibu buat bondaku tercinta...Siti Mariam Jusoh.....terima kasih kerana segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan serta doa yang berpanjangan buat diri ku, anak-anakku dan suamiku. Moga dengan berkat doamu aku akan terus terpelihara dan dilindungiNya. Buat bonda mertuaku...Maimunah Jantan...terima kasih kerana sudi berkongsi kasih seorang anak untuk ku jadkan dahan berpaut dan menumpang kasih...iaitu suamiku...." sesungguhnya nilai seorang ibu tiada taranya"

Sunday, May 3, 2009

Pintu dan jalanku


Kekadang kita perlu bertindak untuk kepentingan diri sendiri....tidak boleh hanya berlembut untuk menjaga hati tapi diri sendiri tidak terjaga. Ketegasan diri diperlukan jika kepentingan diri dicabar. Ini jalan yang ku pilih....dan pintu hatiku telah terbuka....ini bahagia yang ku cari. Tidak perlu diperikaikan dan tiada paksaaan dalam aku membuat keputusan....ini jalan yang ku cari. Jika diberikan peluang kedua untuk aku memilih pun aku tetap akan memilih jalan ini dan aku tetap akan memilih dia.....Inilah ketegasan yang ingin ku kau faham....jangan cuba atau mencuba lagi.....kerna natijahnya yang pasti aku akan bertindak tegas jika kepentingan ku dicabar.