Tuesday, March 31, 2009

Tak sempat nak mengarang.....


Hari mi banyak sangat benda nak buat jadi tak sempat nak mengarang idea....ramai kata aku jiwang karat....tapi bagiku sesekali perlu ada perasaan jiwang tu sebab kalau tak kita tak nak berfikir dan di takuk lama.....tak apa berangan pun kerana kekadang angan-angan akan jadi kenyataan jua bila kita berusaha untuk melalukannya....jangan biarkan angan-angan hanya tinggal kenangan.

Teringat


Hati mula berkata-kata bila terpandangkan wajahnya, kesian ada....sedih pun ada. Bila terpandang dia teringat wajah anakku.....banyak persamaannya. Kekadang tingkahnya yang pendiam dan banyak menyimpan perasaan sama juga dengan anak sulung ku.....

Monday, March 30, 2009

Menggarap harapan




Untuk mu anak-anak didikku
Satu program menggilap Bahasa Melayu di kelas-kelas terakhir telah dilancarkan semalam. Ianya bertujuan untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu agar dapat menguasai kemahiran bahasa dan seterusnya lulus dalam peperiksaan SPM.
Harapanku ialah anak-anak didik ku ini akan menyertai program ini dengan penuh sukarela dan berkemahuan untuk berjaya. Kami hanya boleh membantu dengan menyediakan program intensif tetapi yang paling penting ialah dirimu sendiri anak-anak ku…… perlu ada kesedaran dan inginkan kejayaan.
Bukan mudah menyusur langkah yang berduri…..segalanya penuh onak yang berduri, percayalah pada kemampuan diri, kejayaan pasti dikecapai. Biar apapun rintangannnya….berjalanlah tanpa henti dan pasti satu destinasi jaya mampu di singgahi…..

Selepas setahun


Hari-hari yang berlalu banyak mengukir sejarah yang tersendiri......apa yang penting setiap yang manis akan ada pahitnya..tetapi itulah resam dan ragam kehidupan. Begitulah indahnya bila menatap wajah Nur khadijah Ayuni......

Setahun berlalu




Setahun yang lalu…….

Setahun yang lalu, tanggal 30 mac 2008 dan pada jam 7.18 petang tatkala azan maghrib berkumandang lahirlah puteri ke 4 kami iaitu Nurkhadijah Ayuni bt Munasir di hospital Slim River. Alhamdulillah! Kini usianya telah genap setahun….terasa cepat sangat masa berlalu….masih terbayang lagi wajah kecil miliknya di pangkuan ku ketika dilahirkan….. Syukur alhamdulillah!. Semoga aku mampu menjadi ibu yang terbaik, yang membesarkan anak-anak dengan jari-jemari ku sendiri. Dan moga dia menjadi puteri yang solehah….seindah nama….Nur Khadijah, walaupun mustahil untuk menjadi semulia Siti Khadijah isteri Rasulullah tetapi harapan ku apabila dia dewasa kelak menjadi insane berguna dan beriman. Amin…..

Friday, March 27, 2009

Gagap


kelu lidah untuk bersuara......gagap untuk menutur kata....mata tajam mengungkap bicara....apakah itu satu virus atau anugerah. Pandangan mata mengunci bicara....lenggok langkah kekadang menyakitkan mata. Bila terlalu banyak berbicara akan mengundang rasa.....rasa bosan....jadi ungkaplah kata berwaspada, jangan terlebih bicara kerana ianya kekadang membosankan....

Hari profesionalisme


Hari ini banyak sesuatu yang baru dipelajari.....semoga ilmu yang diperolehi ini akan terus diaplikasi......agar menjadi satu jambatan meneroka ilmu di alam maya ini......jom! ruyung perlu dipecahkan !

Thursday, March 12, 2009

Bahasa Melayu oh Bahasa Melayu......Kalam hati meluahkan rasa

Semalam keputusan SPM diumumkan.....Peratusan murid lulus Bahasa Melayu merosot kepada 79% daripada 86% pada tahun 2007. Memang mengecewakan!!!!....tetapi sebagai seorang guru yang terlibat secara lansung dalam Pengajaran Bahasa Melayu aku terpanggil untuk meluahkan rasa.....dan aku tahu bukan aku saja yang kecewa dengan keputusan itu walaupun aku tidak terlibat mengajar di tingkatan 5 pada tahun lepas tetapi aku tahu semua guru bahasa akan terasa tempias dan bahang kehangatannya.
Kenapa boleh berlaku demikian????? apakah faktornya apa sebabnya??? itu yang perlu kita kaji secara mendalam.....yang perlu kita renung dengan profesional bukan dengan hanya meletakkan sasaran kepada guru semata-mata. Faktor guru bukanlah alasan kepada kemerosotan tersebut kerana guru-guru inilah yang mengajar saban tahun, dan guru-guru inilah yang pernah mencipta kegemilangan Bahasa Melayu SMKDZM . Dan guru-guru inilah yang bergelut saban tahun bagi memastikan saban tahun murid mereka cemerlang.....Dan adalah tidak adil jika meletakkan kesalahan di bahu mereka kerana faktor utama bukannya guru yang mengajar. Cuba renungkan kualiti guru kita mengajar.....tahun lepas hanya 13 orang calon saja mendapat A tetapi pada tahun ini seramai 41 orang calon mendapat A dalam Subjek bahasa......
Habis apa faktornya???? tidak lain dan tidak bukan ialah faktor murid itu sendiri.....kalau mereka sendiri tidak ada kesedaran untuk belajar dan berajakan malas....tidak peduli lulus atau tidak.....apa lagi yang terdaya untuk guru lakukan????? salahkah guru jika murid tidak peduli betapa bernilainya sijil SPM tersebut?....salah gurukah jika murid tidak peduli tentang masa depan mereka....?.kita perlu ingat kepada pepatah....kita hanya mampu membawa seekor lembu untuk ke tasik dengan menarik hidung mereka untuk minum air....tetapi kita tidak akan mampu memaksa lembu itu minum air jika ia sendiri tidak ingin meminum air tersebut. Samalah kesnya dengan murid kita ni....guru hanya boleh membantu....berikan tunjuk ajar...membimbing mereka tapi kalau mereka sendiri tidak inginkan kejayaan apa boleh dilakukan....berikan mereka motivasi....dah banyak diberikan....itu kerja kaunselor juga.....bukan semua punca dibebankan kepada guru bahasa semata-mata.
Aku sendiri terlibat dalam penyerahan slip keputusan kepada murid-murid semalam. Aku sendiri melihat bagaimana gembira dan bangganya murid yang gagal mendapat sijil....mereka boleh ketawa dan riang menunjukkan kepada rakan-rakan slip kegagalan mereka......betapa tidak bernilainya sijil SPM di mata mereka......Jadi sama-samalah kita renung-renungkan punca kemerosotan tersebut.
Seringkali aku ingatkan murid-murid ku yang subjek Bahasa Melayu adalah nadi kepada Sijil SPM...tetapi masih ada yang tidak peduli, masih ada yang berdengkur masa belajar....masih ada yang ponteng kelas dan masih ramai yang tidak pedulikan bila diarahkan menyiapkan karangan dan latihan....Apalagi yang perlu dilakukan??...hendak dicubit...telah terlebih cubit dah....nak dimarahi .....selalu sangat dah hingga dipermainkan mereka....habis apa lagi.....Kami juga bukan malaikat yang boleh mencuci otak mereka agar berfungsi dengan baik....agar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Kepada guru-guru BM, kuatkan semangat., bulatkan tekad, kita mengajar kerana Allah dan kerana anak-anak bangsa. Jadikan kejian, cemuhan dan hentaman sebagai satu cabaran yang tidak mematahkan semangat walaupun ianya mengguris luka. Biarkan ia hanya menjadi satu kudis kecil yang bisa sembuh dan tidak mencacatkan keindahan yang ada.. dan kepada yang dipuji....jadikan ia satu bonus bukan tiket meninggi diri....kerana level kita tetap sama yang beza cuma saban tahun ada pasang surutnya......yang tinggi tidak mungkin selalu di atas yang yang corot ada masanya akan ke atas jua.
Kepada yang mengerti dan memahami.....jangan jadikan sehari kemarau sebagai satu alasan untuk menidakkan kesuburan yang telah lama mekar dan mewangi di bumi SMKDZM ini......dan yang paling penting ialah suara dan bicara adalah kalam dan wadah yang kekadang akan meninggalkan kesan luka yang dalam.....yang akan tetap tertinggal bisanya biarpun cuba dipadamkan tetapi parutnya akan tetap meninggalkan kesan. Bicara yang tersusun dan berseni akan meninggalkan penawar walaupun visinya beracun ......ertinya tutur yang lembut akan meninggalkan makna walaupun dalam keadaan simboliknya menegur atau menyindir.....hanya ALLAH SAJA SEMPURNA.....kita hanya hamba yang tidak pernah sempurna....ada masa jatuh bangunnya dan yang penting jadikan kegagalan ini untuk kita bersama-sama berusaha untuk memastikan kegemilangan itu milik kita....Tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak di tangan guru Bahasa Melayu sahaja tetapi menjadi amanah semua guru.

Thursday, March 5, 2009


Belaian jiwaku


Anak-anak ibu....kau segalanya untukku.

Sesatla pulak


Semalam..jam 6 petang baru jumpa anak-anak. Selepas waktu mengajar kena meeting kat felda Besout. Pegi sorang, balik pun sorang. Takut jugak drive sorang-sorang sebab jalan tu sunyi. Tapi dalam hati tawakkal je dan beserah pada Allah. Semua kejadian akan berlaku dengan izinNya. Jadi aku gagahkan hati dan pasrah padanya. Mulanya nak minta suami tolong hantarkan sebab aku tak berapa pasti jalannya dan dengar cerita bahaya drive sorang-sorang sebab banyak kereta yang ditahan dan disamun serta jalannya terumbang-ambing...tapi suami ku lak kena meeting kat Bidor subjek sejarah form six. Jadi terpaksalah aku drive sendiri.

Aku pejamkan mata...gagahkan hati....dan drive sendirian...jalan memang sunyi dan sepi di tengah-tengah ladang kelapa sawit.....alhamdullilah selamat sampai untuk meeting walaupun sesat dan tak jumpa cari sekolah. Berpusing-pusing dalam felda tu....akhirnya aku terpaksa bertanya dan minta orang tunjukkan arah sekolah.

Bila nak balik pula satu cerita......tak jumpa jalan keluar untuk balik ke Sungkai....jenuh berpusing-pusing masuk kampung felda....semua jalan sama dan aku pening ....pusing-pusing keluar kat dalam kampung tu jugak....terasa nak menangis pun ada sebab hari makin gelap dan nak hujan ...terfikir pulak macamana perjalanan keluar ku nanti bila hari semakin gelap. Aku terpaksa memandu keluar ke jalan besar dalam jarak 56 kilometer sendirian nanti. Terpaksa sekali lagi aku meminta pertolongan orang tunjukkan jalan....tapi ingatkan anak felda di situ....rupa-rupanya pekerja ladang indonesia....lagi bertambah kecut di hati.....aku gagahkan jugak hati untuk memandu mencari orang yang boleh tunjukkan jalan....akhirnya ada sepasang suami isteri menolong tunjukkan jalan....Syukur alhamdullillah! hanya tuhan yang mampu membalas pertolongan tersebut.

Jalan balik memang sunyi.... hari juga makin gelap sebab banyak masa aku habiskan sewaktu sesat mencari jalan keluar. Aku pecutla kereta dalan 120 kilometer.... terumbang-ambing kereta tu....pintaku janganlah terjadi apa-apa....terbayang wajah-wajah anak ku satu persatu dan yang paling aku teringatkan baby...apa akan jadi pada mereka jika apa-apa berlaku padaku.... dalam hati tidak putus-putus berdoa agar aku selamat ke pangkuan mereka.

Syukur padanya kerana aku selamat sampai pergi dan balik.....Itulah harga sebuah pengorbanan yang termampu aku lakukan.....dan itu hanyalah secebis cuma jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih banyak melakukan pelbagai pergorbanan demi anak-anak bangsa.

Wednesday, March 4, 2009

Astro Perdana



Alahai anakku sayang


Yang kerap meragam padi-pagi bila aku nga suami nak keluar bekerja. Dia sebenarnya nak ikut bersekolah seperti kakak-kakaknya...tetapi umurnya baru 4 tahun....aku rasa dia tidak mampu berdikari lagi untuk ke sekolah kerana dia sangat manja....sekurang-kurangnya di rumah pengasuh dia seorang yang dijaga. Tapi bila berseorangan dia tidak ada kawan bermain......tu la bila pagi-pagi jenuh memujuk untuk dihantar ke rumah emak pengasuhnya....bila dia buat hal....aku mula cemas takut terlewat ke tempat kerja

Royak gak maknanya....


Ada yang bertanya padaku beberapa patah kacek kelate yang mereka nak tau....antaranya.....Bedooh, kupit,tok dan nak taha,beloree,......kalu nak dicerita satu persatu memang susah sebab loghat kelantan ni banyak tapi tak susah untuk dipelajari... Itulah uniknya kelate

Tu belum lagi masuk cerita....tentang makanannya...macam-macam...Aku bila balik kelantan je mesti berat badan bertambah. Kalau pergi pasar malam tentu penuh tangan menjinjing makanan sampai suamiku cakap...." abis ke su makan ni?". Tu la bila tengok macam-macam dah rabun mata, terasa semuanya nak telan sebab rindu punya pasal. Nak makan akok, kopok lekor, tepung pelita, tepung bungkus, taik itik,bunga tanjung,nasi kerabu, nasi dagang, laksam, tapai ubi goreng,lompat tikam, serabai dan macam-macam yang sememangnya aku tidak akan dapat nikmatinya di tempat lain. Kalau dapatpun rasanya tidak sama dengan yang dimasak oleh orang kelantan.

Kalau pagi, kat kelate...celik je mata makan nasi belauk....fuh!!!! dapat nasi belauk kelate terus lupa roti canai dan nasi lemak kat perak ni.Yang paling indah ialah bila kita gi pasar malam ke, pasar ke....semua peniaganya ramah-ramah...mulut tak berhenti bercerita la dan pakai pun jangot-jangot ( suka melawa). Kalau kat kelate pakai kebaya dan baju kurung dan tudung mengerlip tu perkara biasa la. Kekadang aku pun turutla lepas gian sekali sekala....tapi nak tergelak gak bila suami ku tanya....." ni nak gi pasar ke nak ke mana Su ?"...saja ikut keadaan bila belut kembali ke lumpur....

Tuesday, March 3, 2009


Kata pertama

Abah..... kakak..... tak nak....makin kerap terpancul dibibirnya

Semaikan rasa cinta di hati

Demi cinta ini, demi bulan dan matahari, demi malam dan siang….Dan Demi Allah yang maha agung yang menciptakan rasa cinta itu….demi cnta yang Allah turunkan di hati kita…tapi di mana hilangnya rasa kasih dan rasa cinta itu? Di mana kita simpan rasa cinta itu? Inikah rasanya cinta? Terasa bahagia saat bertemu dan rasa rindu dikala berjauhan…
Cinta yang suci adalah terbit dari mata hati....bukan hanya indah di pandang mata. Tapi dizahirkan juga dengan pengorbanan dan perbuatan. Cinta yang agung adalah setelah kita memiliki dan menghargai apa yang telah kita miliki.
Bukan hanya cinta jiwang karat yang rindu-merindu tatkala belum memiliki, angau tak bertempat bila berjauhan tapi ....Cinta yang tulus adalah berlandaskan iman....dan meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala rasa cinta yang lain di dunia ini.

Renung sejenak

Sucikan hati, bulatkan langkah,teguhkan iman dalam memburu impian dan cinta, jangan biarkan diri menjadi mangsa …..sisihkan egois,sikap dengki dan tamak haloba. Nescaya kedamaian dan keindahan akan lebih akrab dengan kita.


Malas.....

Itulah virus yang semakin melanda remaja kita sekarang....malas dalam segala hal....malas nak berfikir, malas nak menguruskan diri, malas membaca....malas dalam segala hal.....
Virus inilah yang menjadikan mereka kaku,bisu dan lesu. Semakin hari semakin parah dan berada di tahap yang kritikal serta kronik. Kenapa boleh jadi macam tu.....? sebab mereka ni terlalu manja dan dimanjakan . Kekadang terfikir mereka ni menjadi mangsa keadaan atau menjadikan keadaan itu sebagai satu alasan kepada kemalasan mereka. Bila ditanya tentang idea dan buah fikiran pada mereka ni......uh!!!! bertahun la gamaknya nak tunggu....semua kena tunggu untuk diberikan ....nak disuap. Macamana la bila golongan ini dewasa nanti.....mahukah mereka menukar rentak hidup mereka......buangkan lah rasa malas ke laut lepas agar kau bisa bernafas.....dengan penuh semangat ,bertenaga punya visi dan misi untuk mencapai sebuah kegemilangan.

Monday, March 2, 2009

Selamat menjawab

Hari ini merupakan ujian pertama bagi anak-anak didik ku untuk tahun 2009. Moga semua dapat menjawab dengan tenang. Ingat apa yang telah diajar dan mudah-mudahan kejayaan milik semua. Amin!!!!

Sunday, March 1, 2009

Rajawali tercorot...tak malu ke????

Ramai yang bertanya padaku...tak malu ke sebagai ketua rumah rajawali ..dapat tempat last. Kenapa aku perlu malu. Aku sudah jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuh kudrat yang diberi. Kalau kekalahan yang tersurat buat apa nak malu....tidak sedtik pun perasaan malu dan terkilan timbul kerana yang berlawan di padang dan ditrek olahraga itu bukannya diriku. Ianya semua bergantung kepada atlet.
Pengurusan telah aku laksanakan....latihan telah dijalankan. makan minum peserta aku uruskan dan kebajikan mereka telah aku pantau. Apa lagi yang mampu dilakukan andai hakikatnya tidak ada ramai atlet kat situ. Dulu ada Siti Norfazira....boleh kaut 4 emas untuk rumah...tapi dah diagihkan ke rumah kasuari yang dan sememangnya kuat...Hanya tinggal Akmal Hakim....jadi apa nak kata lagi memang itu yang termampu.
Ada ketua rumah yang tidak buat apa-apa pun boleh menang dan muridnya menguruskan diri sendiri. sebab atletnya memang kuat. Jadi adalah tidak adil kalau kesalahan diletakkan ke bahu ketua rumah semata-mata. Apa orang nak kata.....biarlah....aku tidak pedulipun ....yang penting aku dah jalankan tanggungjawab...Yang lain tu terserahlah pada penilaian .
Apa yang penting kita ikhlas dan jujur pada diri..... kerana keikhlasan adalah satu yang sukar dizahirkan kerana ianya ibarat satu roma halus di bening mata.....hanya orang yang melihat....memandang dan berfikir sahaja tahu untuk menilai dan menghargainya....Dan yang aku sedar dan tidak pernah alpa ialah " Aku bukan Yang Terbaik"... Jadi tidak perlu rasa sedih dan terkilan.