Tuesday, September 15, 2009

saat berlalu pergi.....


Ramadhan yang datang semakin melabuhkan tirai dan bakal berlalu pergi.....terasa sayu kerana nikmatnya tidak mungkin sama dengan hari-hari biasa.....tinggallah aku insan yang kerdil dan hina yang amal ibadah yang dilakukan tidak seberapa. Terasa begitu kerdilnya aku jika dibandingkan dengan insan-insan yang berpeluang mendekatkan diri padaNya dengan penuh ruang dan kesempatan. Memang jika dihitungkan tuntutan dunia tidak akan berakhir jika mata belum dipejamkan selamanya....ada saja halangan untuk bertakwa padanya.....itu menunjukkan kita masih lagi jauh dariNya dan perlukan satu muhasabah diri untuk melastik jauh kesampingNya...Moga penghujung ramadhan ini aku masih lagi berkesempatan untuk bertakwa padaNya.
Persiapan raya tahun ini alakadar sahaja.....aku tidak ingin berbelanja besar untuk kami....cukuplah untuk anak-anak segala persiapan tersedia kerana Hari Raya ini lebih besar maknanya bagi mereka. Untuk puteri-puteriku telah dibeli 4 pasang baju raya dan untuk aku dan suami memadailah sepasang dua...yang penting ketibaan syawal ini akan kami sambut dengan penuh kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk merasai indahnya Ramadhan selama sebulan.
Tahun ni giliran kami beraya di Melaka kerana tahun lepas kami semua telah beraya di Kelantan.Beraya di rumah mertua sama jugak bagiku...kerana suasananya tetap meriah dengan kedatangan sedara mara . Tapi tahun ini rasanya sambutan syawal tidak semeriah sebelum ini kerana mak mertuaku tidak berapa sihat dan berulang masuk ke hospital.......rasanya takut tak berkesempatan untuk merasai kesedapan rendang yang dimasaknya.
Kami akan pulang pada pagi jumaat untuk mengelakkan kesesakan jalan...moga syawal ini dapat kami raikan dengan penuh kesyukuran....insyallah....