Monday, February 23, 2009

Terima kasih


Terima kasih kepada semua kekawan yang menolong melatih anak-anak didik dari rumah rajawali....yang sanggup sama-sama berpanas, berhujan, yang sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak, masa rehat yang berharga dan juga mungkin wang ringgit. Semoga segala usaha kita akan diberkati dan setidak-tidaknya ada jua sumbangan kita untuk memajukan anak-anak bangsa kita. Maju bukan hanya dalam pelajaran tetapi sekurang-kurang kita mampu membentuk keyakinan diri untuk sesuatu individu.


Kepada peserta- peserta rumah rajawali, terima kasih kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbangkan pingat kepada rumah rajawali. Kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kalah tidak mengapa.....kalah di trek tidak mengapa...asalkan menang dalam menyumbang tenaga....Sesungguhnya saya sebagai ketua rumah rajawali sangat menghargai segala pengorbanan anda semua....Terima kasih daun keladi....tahun hadapan berbakti lagi.

Sunday, February 22, 2009



Kepada wanita di luar sana yang sangat stress dengan kerja dan beban keluarga….keluarlah….luaskan minda dan lapangkan jiwa. Di Dunia ini bukan hanya untuk bekerja dan berbakti kepada keluarga semata-mata…tetapi perlu ada ruang untuk diri sendiri….Berilah peluang pada diri untuk menyayangi dan menyintai diri sendiri….kerana jika kita gagal mencintai diri tiada siapa yang akan menyintai diri kita lebih daripada empunya diri.
Sang suami yang menyayangi isteri pasti inginkan isterinya bahagia…tenang dan tahu menghargai diri..Ada masanya isteri perlukan ruang untuk diri sekali sekala….. Biarkan dia bersama-sama kawan-kawannya…bebas bercerita, berbicara…..membeli apa yang diingini dan yang penting dapat lepas seketika merehatkan minda. Belailah diri sekali sekala di spa dan salon kegemaran….hilangkan stress kerja dan kosongkan minda…atau sekali-sekala jointlah kawan-kawan hi-tea di mana-mana.
Kepada si isteri….yang penting ke mana pun pergi…izin suami adalah penting kerana dialah orang pertama yang perlu kita hormati….biarkan dia tahu arah kita…tujuan kita. Sebelum melangkah keluar pastikan keperluan suami tersedia….makan pakai dan anak-anak terjaga dan yang paling penting…..melangkahlah sejauh manapun…..sematkan di jiwa…”aku seorang isteri dan seorang ibu”. Insyaallah langkah tidak akan sumbang dan jiwa akan tenang.
Kepada sang suami….isteri adalah satu anugerah dan bukan satu hak milik yang boleh dinafikan haknya..Bukan juga satu boneka yang hanya untuk dipamerkan….kerana zarah-zarah yang tercipta di badannya ada riak-riak perasaan dan ada gelombang-gelombang naluri yang mampu mengukir rasa kecewa ,bahagia dan juga derita. Wanita juga bukan satu objek untuk menggalas beban menanggung kewangan keluarga meskipun mereka bekerja dan punya pendapatan sendiri . Dalam ajaran islam sendiri tidak membolehkan si suami meminta wang isteri untuk menanggung beban keluarga tetapi jika si isteri itu redha dan memberinya….maka itu adalah dibenarkan.
Oleh itu biarkanlah si isteri merasa nikmatnya memegang wang sendiri dan membeli sekali sekala apa yang diingininya.
Sesekali hati terasa sangat sedih dan terluka bila ada kekawan yang mengalami stress dan dan diperlakukan seperti kuli mencari wang menggalas beban keluarga sedangkan haknya untuk diri dinafikan….apa jadi dengan perasaannya sendiri?….dan untuk sang suami yang dominan sebegini… “tidak adakah rasa malu dan tercabar kerana mengharapkan kepada kudrat yang lemah yang sepatutnya dilindungi dan dibela nasibnya ? Cuba mengertilah…. Berikanlah ruang untuk sang isteri…. Mereka juga ada hati dan harga diri….”.
Buat sang isteri di luar sana…..sekiranya jiwa di palu resah berpanjangan, jangan menyerah kalah dan bangunlah menegakkan kebenaran….Ingat akan KeEsaaNya, nescaya keharmonian akan kita perolehi dan kekecewaan akan terlerai pudar di lubuk hati.

Kepada sang suami yang sangat memahami seperti suamiku….terima kasih kerana tidak menafikan hak seorang isteri sepertiku…Terima kasih suamiku….Hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan mu itu.

Thursday, February 19, 2009

Suami mithali


Si kecil diajar berenang......

Menjelang sukan SMKDZM

Sibuknya menguruskan peserta untuk sukan, banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai ketua rumah....tapi itulah nilai sebuah pengorbanan untuk diri sendiri...dan anak-anak bangsa. Isyaalllah apa yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat keredhaan.....

Kau ku sayang


Tahun ini adalah tahun ke 10 kami hidup bersama, tetapi dirasakan seperti baru semalam kami bercinta, bertunang dan bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit.....gelombang-gelombang kasih yang ada pasang surutnya itu menambahkan lagi mengenali warna hati yang sebenar.

Wednesday, February 18, 2009

Dialah di hati.....

Orang boleh bercerita apa saja, boleh bercakap apa saja, mampu membuat pelbagai persepsi. Hakikatnya itu hidupku, hanya aku yang lebih tahu...dan lebih kenal siapa diriku,siapa suamiku...dan yang lebih penting tidak sedikitpun tercalar atau goyah kasih sayang kami dan moga ianya kekal selamanya., Insyallah....Di hatiku telah tekad dan di jiwaku telah tercatat ..." Apabila aku memilih Munasir Bin Abu Talip sebagai suamiku....dialah insan pertama berada di hatiku, yang selayaknya aku cinta dan sedalamnya aku puja.... dan aku menyintainya sejujurnya dari mata hatiku.... dan aku bahagia kerana dia menjaga dan menyayangiku seadanya aku....Tidak akan ada orang lain mampu menyintaiku dan menyayangiku sepertinya...Harapan ku agar kasih sayangnya kekal untuk ku seorang.

" Buatmu suamiku..... sesungguhnya....
Dari ketika dan saat lafaz nikah kau ucapkan, tidak sedikitpun terhakis kasih sayangku pada mu kerana aku menyintaimu dari mata hati ku.....dari lubuk jiwa yang paling dalam dan sehingga ke hari ini aku masih kekasih mu dan hanya kau yang mampu takluki hatiku dari dulu, kini dan doaku untuk selamanya....."

Tuesday, February 17, 2009



Along nga Angah


Along sentiasa merungut ibu ngan abah lebihkan Angah....angah lak bersungut ibu ngan abah sayangkan along....Adoi....kekadang pening nak melayan kerenah mereka. Tetapi mereka mengenangkan aku pada kenangan ku sewaktu kecil bersama-sama abang-abang dan adik-adikku.

Keletah mereka membawa kembali kenangan lama mengusik jiwaku.

Vistana Puteri


Kenapa Vistana Puteri???


Ramai yang bertanya kenapa rumah yang kami bina dinamakan Vistana Puteri.....ianya lambang cinta dan kasih sayang kami kepada puteri-puteriku...Nur Nasrien Nasuha, Nureen Najwa, Nur Anis Arissa dan Nur Khadijah Ayuni.... Bukan aku merajuk kerana tidak dikurniakan putera dalam rumah tangga kami. Semua rezeki Allah yang bagi. Aku redha menerimanya...dan tidak sedikitpun rasa terkilan. Jika diberikan rezeki aku tidak gentar untuk melahirkan seramai mungkin zuriat penyeri taman hati

Rajawali terbang tinggi


Kau penawar duka


Nur Anis Arissa....

Anak ketiga ku ini paling keletah dan lain dari kakak-kakaknya....paling susah nak meneka dan mengawal tingkah lakunya. Tapi sifatnya yang terindah ialah bila dia lakukan kesalahan padaku....." maaf ye ibu...."...itulah penawar luka..

Nur khadijah Ayuni

Indahnya bergelar ibu......paling indah bila si kecil yang berusia 11 bulan ni dah pandai bercakap memanggil abah...kakak, nak....tak nak...cak......paling best bila dia dah bertatih....
Si kakak, angah nga Anis memang sangat suka bila baby dah mula nak berjalan....berebut nak pimpin adik.Terasa sekejap masa berlalu...Puteri-puteriku makin membesar...
Dalam kesibukanku merekalah penawar dan penghibur hati ini.