Thursday, November 13, 2008

Berlabuh tirai SMKDZM 2008

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan tahun 2008.....banyak sangat yang hendak disiapkan sebelum membuat serahan tugas.Harapan ku agar anak-anak didikku yang akan menghadapi SPM dan STPM berjaya. Insyaallah. Setiap usaha jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan membawa kejayaan.
Terasa begitu pantas dan cepat masa berlalu......terasa baru semalam tirai 2000 dibuka.....hari ini merupakan hari terakhir.
Hari berlalu, masa beredar.....usia menginjak tua, itulah hakikat duniawi.....sama ada kita sedar atau tidak dunia juga semakin tua dan entah bila akan berakhir kisah kita di alam fana ini....tiba masa kisah-kisah kita akan ternoktah jua. Bila waktu dan ketikanya hanya Dia saja yang maha mengetahuinya.........Allahuallam!!!!.

Wednesday, November 12, 2008

Kasihnya ibu , sayangnya ayah

Apalah ertinya hidup ini tanpa seorang insan yang bergelar ibu dan ayah. Hidupku terasa amat kosong tanpa ayah dan ibu . Rumah tua yang sudah diubahsuai itu banyak menyimpan momen-momen terindah antara aku dan adik beradik membesar di dalamnya....segenap ruang dalam rumah itu ada kenangan bersama ibu dan ayah.....aku tidak mampu menahan sebak bila berada di sana tanpa kehadiran mereka berdua. Moga dipanjangkan hayat agar kami dipertemukan semula.....belum puas aku merasai kasih sayang mereka.
Kasih seorang ibu memang tidak ternilai....dari sejak sebuah nyawa berpenghuni di dalam rahimnya....sehinggalah memiliki cucu....kasihnya tertumpah pula pada cucu yang ada. Begitulah juga dengan ibuku....dari kecil aku dijaga dengan penuh perhatian dan kasih sayang ....apa yang membuatkan aku paling terharu.....seramai 4 orang puteriku....aku masih tidak lagi pandai memandikan anakku sendiri di dalam pantang....semuanya di lakukan oleh ibuku sehingga aku benar-benar kuat dan habis tempoh berpantang barulah ibuku percaya akan kemampuanku melakukanya sendiri......katanya" jaga pantang, jaga makan.....kalau sayangkan diri sendiri,".....itulah kasihnya seorang ibu....mampukah aku menjadi anak yang solehah untuk seorang ibu sepertinya......kekadang ada juga tingkah ku yang mengguriskan hatinya. Moga diampunkan dosa-dosaku itu.
Ayah pula....kasih sayangnya tidak dizahirkan dengan perbuatan...tapi kami tahu ayah sangat menyayangi kami adik beradik.... Ayah sangat tegas dalam mendidik kami....masa remaja dulu hati selalu juga memberontak kerana pergerakan ku selalu dikawal dan aku tidak dibenarkan lepas bebas seperti remaja lain....kekadang hati bertanya" kenapala ayah tak sporting seperti ayah orang lain" Tapi bila usia menginjak dewasa barulah aku sedar....kerana ketegasan ayah lah yang telah mendidik kami menjadi manusia.
Moga Ibadah ayah dan ibuku diterima olehNya dan mendapat haji yang Mabrur....dan moga aku diberikan lagi peluang untuk berlindung di bawah kasih sayang mereka . Amin!!!!.

Karamnya bahtera.........

Masih pada perbincangan erti kasih sayang dalam kehidupan.......kata-kata bonda masih terpahat kukuh di ingatan......sayangi suami dan keluarga dengan seluruh rasa dan segenap pancaindera.....tetapi jangan membutakan mata sendiri kerana terlalu menyayangi......simpankan sedikit ruang untuk diri sendiri agar terus segar dan bernafas.......kerana andai ada musibah menimpa,engkau masih kuat berpaut di landasan. Itu kata-kata yang sering aku renungkan dan fikirkan makna yang tersirat di dalamnya....sampai kini aku masih jua mencari makna yang sedalam-dalamnya.....kata Bonda lagi....suatu masa aku akan memahaminya.
Apapun yang terjadi....kata bonda perlu berpegang pada ketentuan dan ketetapannya....kudrat kita sebagai manusia, perlu redha dan tabah kerana setiap yang pahit akan ada manisnya dan begitulah sebaliknya.
Kenapa perlu ada benci.....sesudah bertahun menyayangi?.....itulah pertanyaan yang sering berlegar dalam benak fikiranku yang teramat dalam....mengapa begitu senang hati dicorakkan dengan warna kelam.....semudah ombak merubah pantai...namun bila aku teringatkan kata-kata seorang sasterawan yang mengukir kata.....rumahtangga bukan semuanya syurga....ada juga neraka-neraka di dalamnya....namun neraka-neraka kecil yang tercipta itu sebenarnya memberi makna kepada rumahtangga itu sebenarnya.....sama ada ia membawa kepada karamnya sebuah bahtera....atau nakhodanya bijak merempuh bukan saja gelombang-gelombang kecil malah badai yang menggila.
Namun begitu aku akur, sebuah penderitaan akan menjadi guru yang paling mujarab untuk mengajar manusia untuk sedar dan berusaha. Apapun kata-kata yang bakal terukir...perlu kita akui hakikat" kasih sayang adalah seperti pokok bunga yang perlu disirami setiap hari agar ia segar dan terus mewangi"....sesungguhnya hanya dia yang Satu dan Esa maha mengetahuinya

Wednesday, November 5, 2008

Cinta kedua

Apabila terpandangkan satu berita.....dan membacanya hati aku terasa geram dan marah juga tetapi bila mengenangkan itu mungkin satu ujian daripadaNya...hati aku reda kembali. Berita tentang seorang suami yang berdolak-dalih tentang adanya orang ketiga dalam rumahtangga mereka. Apa yang aku geramkan ialah selama ini si suami beria-ria menafikan hubungan dengan orang ketiga tersebut....tapi dengan kuasa Allah Taala...kecurangan tu terbongkar jua...tapi masih jua si suami menafikannya....aduh! mulut lelaki memang pandai bersilat lidah memutar kata. Kononnya itu cinta kedua.....macamana boleh ada cinta kedua selepas memiliki seorang isteri yang dulunya sangat dicintai.... ?....Tak akan timbul istilah cinta kedua andai mereka benar-benar menghargai wujudnya seorang isteri. Apa puncanya selain dari menurut kata hati dan nafsu semata.
Itula lelaki......masa bercinta semuanya indah tetapi bila dah memiliki.....nak memiliki yang lain pula. Adilkah?....tak payah cakap kuota lelaki boleh cari 4 isteri.... fikir dulu tentang kuo.ta diri.....atas dasar apa nak cari yang lain.....kalau sebab nak kan yang baru sebab dia lagi cantik.....kirim salam la...boleh blah....cantik tu bukannya harta yang kekal....akan luntur jua dikejar usia....akan ber
ulat juga bila jadi mayat . Memang la dia lagi cantik sebab lagi muda....tapi si isteri dulu masa muda remaja cantik juga tapi bila dah beranak dan berkorban untuk si suami yang cantik tu luntur jua....tapi adilkah??? tak ada manusia yang leh tongkat langit....setiap yang muda pasti tua....cuma kaum lelaki ni je kebanyakannya makin tua makin lak menjadi dan tak sedar di ri.....gerun jugak.
Alhamdulillah.....setakat ini diriku masih disayangi tapi kemudian hari tak taula.....tapi aku bukan orang yang tamak....kalau orang dah tak ingin aku lagi tak sudi......tak yah nak berebut-rebut kasih sayang orang yang tak jujur....kalau dia nak cinta kedua...aku akan beri dia cinta ketiga,keempat, kelima dan seberapa yang dia nak....tapi aku....masa untuk memikirkan diri sendiri.....Kalau dia sayangkan aku sepenuh hati tak akan timbul soal adanya cinta yang lain.
Fikir-fikirkanlah wahai para suami yang budiman.

Thursday, October 16, 2008

Indahnya syawal

Ramadhan telah berlalu....rasa sedih dan terkilan tersemat di hati kerana pada bulan yang mulia itu aku tidak sempat mengisinya dengan amal ibadah yang sepenuhnya.Banyak kekangan dan halangan yang menjadikan aku ralat mengisi bulan tersebut dengan penuh kusyuk mengerjakan ibadah......sedih terasa kerana aku tidak berpeluang mengisinya dengan solat terawih berjemaah kerana halangan baby yang tidak boleh ditinggalkan. Air mata menitis sepanjang malam bila mengerjakannya sendirian.....namun aku tetap bersyukur kerana ada waktu yang tersisa untuk mengaji Quran.....dan terubat juga apabila berpeluang bersembahyang raya .....adik bongsu ku berkorban tidak bersembahyang raya pada pagi yang mulia dengan menjaga anak-anakku, baby angah dan adik. Anak sulungku turut mengerjakan solat pada pagi hari raya. Perasaan sayu,sedih dan sebak kerana terpaksa meninggalkan bulan yang mulia.....terasa aku begitu kerdil dan tidak sebertuah orang lain kerana tidak berpeluang mengerjakan amal ibadah yang sepenuhnya. ......

Datangnya syawal.....paling indah dan gembira menyambutnya tentulah anak-anakku....terutamanya bila berpeluang bersama sepupu-sepupunya yang sekali sekala bertemu.Ada masa-masanya mereka mereka mengalami masalah komunikasi kerana anak-anakku kurang faham loghat kelate tetapi itu bukan masalah besar bagi mereka....yang penting dapat bermain dan bergembira.
Aku pula yang paling penting dapat bersama ma dah ayah pada pagi syawal.....sebak terasa bila mengenangkan ada masanya aku pernah menyakiti hati mereka.....banyak dosanya aku sebagai seorang anak sama ada aku sedar ataupuntidak.....harapan ku diberikan waktu untuk membahagiakan mereka disepanjang usia tua mereka. Pada pertengahan november ini ma dan ayah akan ke tanah suci buat kali kedua.....semoga ibadah mereka diberkati dan dipanjangkan usia untuk mengerjakannya....doa ku sebagai anak ialah diampunkan dosa kedua ibubapaku dan ibadah mereka diterima oleh Mu....Amin.

Sepanjang syawal ini ....banyak jemputan rumah terbuka.....kat sekolah pun hari-hari ada makan-makan.....penuh perut!!!!. Moga dimurahkan rezeki pada mereka yang bermurah hati memberikan kami makan....Amin.Itulah indahnya syawal....dalam dok makan-makan tu kenalah beringat untuk berpuasa pada bulan yang indah ini....sama ada puasa sunat ataupun puasa ganti.

Tuesday, September 23, 2008

Era millenium....cinta,rupa,gaya atau wang

Aku sering menyelitkan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ku dengan murid-muridku yang ilmu itu amat penting untuk masa depan tetapi ada segelintir anak-anak muridku mencebek......ah! bosanlah asyik-asyik belajar! belajar!....getus mereka. Opssss! tapi mereka terlupa ini era millenium. Semua ada gaya,ada citarasa...ada taste. Cinta??????cinta hanya akan berharga jika ada wang. Boleh ke hidup hanya dengan cinta? nak kahwin pun perlu wang,lainlah la kalu ada orang nak bagi anak dara dia free-free. Kalau tak da wang macamana nak memiliki cinta?. Kalau dah memiliki cukupkah dengan cinta?. nak makan apa? nak makan cinta ke?. Nak pakai guna apa?.....cinta hanya akan bererti jika ada duit dan poket terisi. abis nak penuhkan poket dengan apa? mesti kerja! kerja apa?.....nak banyak duit mesti pangkat besar, nak pangkat besar mesti belajar....bukan mengejar pangkat dan wang tetapi itulah hakikatnya

Thursday, September 18, 2008

19 september

hari ni cuaca mendung,semendung keadaan keadaan kat bilik guru ni.....mendung la sebab lum gaji, jadi sesetengah persiapan raya tu terpaksala ditangguhkan dulu. Aku pun tengah kering gak sebab dah banyak mengorek saving untuk wat persiapan raya......yang syok dan rilek ialah husband aku, dia cool je....raya ke tak ke bukan masalah besar bagi dia.....dia selalu cakap kat aku....wat apalah su kecoh-kecoh sangat....macamlah tak pernah beraya sebelum ni....mengalahkan anak-anak lak.

yela....mana tak kecohnya sebagai anak ,aku kena fikirkan apa kuih nak dibawa pada emak kat kampung, sebagai ibu aku kena berfikir apa baju yang nak dipakai anak -anak, tema apa lak taun ni. sebagai isteri lak aku kena pastikan suamipun ada benda yang nak dimakan waktu berbuka ngan sahur. Mana tak kecohnya aku sebagai anak,isteri dan ibu.

Wednesday, September 17, 2008

kalam pertama

blog ini dilancarkan pada 18 september....ditemani dengan kak mieza dan tok guru yang mengajar che Din. Ilmu yang diajar terus diaplikasikan agar tidak lupa.....and jeng-jeng esok-esok akan disambung pengisiannya untuk berkongsi momen-momen indah,sedih dan sebagainya untuk renungan dan panduan bersama