Tuesday, June 23, 2009

Usik-usik manja untuk anak-anakku


Anak-anak ku ( Coretan buat semua anak-anak didiku)
Sekilas pandangan jangan terus merungkai kesimpulan….begitu juga dengan telahan mu pada ku….ada yang melontarkan kata-kata aku sombong kerana kurang menghadiahkan senyuman….ada yang mengatakan aku penuh dengan sindiran bila menutur kata….Fahamilah apa yang tersurat…aku bisa jadi sesiapa saja…teman ibu, rakan dan pendengar yang setia.
Kekadang tutur kata yang tajam hanyalah untuk menyedarkan….wajah yang masam bukan bererti rajuk yang berpanjangan….hanya untuk menyulam ilmu di danau hat i. Aku masih punya akal yang subur mendiami taman hati dan semangat ku masih kental meresap ke seluruh akal dan jiwa untuk mendidik bangsa tercinta. Naluriku masih lagi setia untuk berbakti dan mencair di dalam jasad yang disuburi dengan kalimah maknawi dan hukum akal budi.
Hati yang mekar ini masih dibajai dengan luhur ilmu dan wadah pengetahuan yang ingin ku kongsi bagi menghidupkan akal dirimu dan ingin mengikis segala kejahilan serta kemalasan….kalau mampu ku basuh hatimu…akan aku lakukan.Tapi aku hanya insan yang segalanya terbatas…tidak mampu ku jangkau andai hati mu sendiri tidak berkemahuan Aku hanya insan kerdil .. ..Moga iltizam dan semangat dirimu menggapai impian tidak akan relai. Aku akan terus bersuara….melontarkan diksi dan morfologi agar mampu mengisi kamus jiwamu dengan ilmu.
Biarpun aku hanya guru Bahasa…tapi bahasa inilah bahasa lingua frangca….bahasa yang menjadi perantara yang penuh abjad dan aksara. Moga ajaran ku akan terus harum dan subur dalam jambangan memori mu…meski detik hari terus berputar jauh….dan andainya aku tiada lagi disampingmu….sudilah terpercik doa untuk mengingatiku. Moga wadah dan pesanku akan terus menjadi lirik yang akan kau kenangi menelusuri hidupmu. Moga kejayaan bersama mu di dunia dan di akhirat. Amin!!!!

Dalam mengukir rentak hidup…semua orang punya kisah tersendiri. Bukan semua kisah seseorang mudah likuan hidupnya…ada yang terlalu banyak menelan kelukaan yang menghiris hati. Bagi yang mudah memaafkan akan akur dengan kehendak takdir tapi bagi yang sukar menerima perjalanan pedih itu akan terus menangisi dengan tersisip rasa benc,i dendam, marah,geram…kerana kita insan biasa yang ada naluri yang menajamkan seluruh pancaindera.
Kita juga perlu sedar betapa berharganya sebuah pertemuan dan akur yang indah indah itu tidak semuanya mampu kita miliki. Mungkin ada benarnya tatkala kehilangan barulah kita menyedari kewujudannya dan bila saat kita terluka kita akan mengerti pedihnya….saat rindu datang menghimpit barulah kita sedar betapa bererti dan besarnya kehadiran seseorang. Hargai apa saja yang ada di depan kita……Usah sesekali mensia-siakannya kerana kita mungkin tidak berpeluang lagi memilikinya untuk kali kedua. Bisakah yang terpadam dinyala. Bisakah yang benci disayangi….bisakah yang didusta dimaafi….walau dihimpunkan sesalan belum terhakis kesakitan.

Alahai on -line markah


Pening lalat gak nak key in markah on line ni sebab linenya ada problem je...kejap on and off....so macamana cikgu-cikgu nak masuk markah.....pening gak nak menyelesaikan masalah ni....geram gak ni sebab selagi tak settle masaalah key- in markah ni selagi tu la hati tak tenang sebab kerja lum siap..... eeeeiiiii

Selamat Ulang Tahun Sayang


25 Jun....Selamat ulang Tahun sayang….
Selamat ulang tahun ke 37. Semakin bertambah usia….moga cinta kita juga akan terus mekar sematang hari –hari yang kita lewati. Aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah yang kita lewati bersama ini. Pernah suatu ketika kita mengalah bila cabaran datang membadai, sudah jauh kita tempuh, mungkin ini hikmah yang menunggu di hujung jalan….kita mampu renangi bersama dan aku mampu menjadi penghuni taman hatimu dan kau jua yang memimpin tangan ku hingga ke tahap ini. Kau ada aku dan aku punya kamu…..
Jika halangan terus menduga teruskan perjalanan kita kerana aku ada di sisi setia menemani .Kekadang ku terasa kegagahan cinta kita akan terus diuji…apapun akhir penghujungnya kita doakan terus bersama. ….Sayangku kau tetap ada aku. Cinta kita satu kenyataan yang meleburkan semua batas antara kau dan aku .Kini hanya ada aku dan dirimu. Pedulikan tentang kata orang kerana cinta kita …hanya kita yang rasa.
Dia telah menentukannya, inilah takdirnya, pintu hatiku telah kau buka dan tak mampu ku menafikannya . Janji dengan ku semai cinta nan satu, Tuhan akan terus menguji kita tanpa berhenti….sama-sama kita menjaga hingga ke hujung nyawa. Kita hanya mampu merancang dan menaruh harapan tapi Dia jua yang menentukannya….andai takdir datang menguji jangan ada benci antara kita. Sama –sama kita berdoa padanya moga perjalanan kita terus direstui.
Sesungguhnya hadir mu dan puteri-puteri kita adalah satu kurnia yang mengindahkan lagi perjalanan hari-hariku. Dan moga hidup kita akan terus dalam kedamaian dan ketenangan . Moga kelopak kasih kita akan terus mekar tanpa direnggut rerumput jalang yang menjauhkan aku terpinggir dari diri mu.
Demi diri mu dan puteri-puteri kita aku tidak kisah digelar jiwang karat kerana itulah hakikatnya diri ku .….. SELAMAT ULANG TAHUN MOGA KETAKWAAN KITA PADANYA JUA SEMAKIN UTUH….kerana padanyalah seharusnya kita panjatkan segala doa dan kesyukuran ini. Moga kita terus di bawah kredhaanya Amin!!!!!.

Monday, June 22, 2009

Hari berganti

Happy Birthday ibu.....ucapan bermakna dari puteri-puteriku.....menyedarkan aku musim berganti dan telah terlalu banyak masa yang aku lewati....16 mei genap usiaku 35 tahun....bersamaan sambutan hari guru...Terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan dan tanda ingatan sempena hari lahir, hari guru dan hadiah masuk rumah baru....terima kasih kepada K. kama dan K. Ila...kerana jambangan bunga yang indah...Kak Dee dengan cadar yang romantis....Ziela dengan fresh flower and all may students yang mengingati. 4 my loving hubby....thanks for your love.....suprise yang diberikan. I always love u....

Sunday, June 21, 2009

Baby dah berjalan.....


Bila si kecilku dah mula ligat berjalan....seronok tengok dia bagai gian nak berjalan dan tidak mau duduk diam....letih juga nak mengawalnya. Baby ni agak lambat gak dapat berjalan sebab umurnya setahun 3 bulan baru dapat berjalan dengan betul. Kalau kakak-kakaknya dulu sepuluh bulan dah berjalan....tapi baby cepat lak bercakap....seronok tengok dia bercakap terutama bila nak makan .....Ramai anak banyak la karenah yang perlu aku tangani

Tak ada idea la pulak......


Bila nak mencoret di blog ni idea keras dan membeku lak....bila bersendirian banyak lak idea mencurah-curah. Bila bersendirian tu banyak lak angan-angan dan kekadang teringatla kisah-kisah lama....semalam terkenangkan kekawan form six 1993 smkuala krai..... teringatlah kekawan yang pernah menceriakan hidupku....Azie, kak Long,Zita, Zulfa, Kak Wan, Noriza, Rafi, Adha, Azman....paling tak lupa Sulaiman yang banyak bergaduh dengan ku...
Aku di form six ni boleh tahan gak nakalnya....paling teringat aku pernah menyakat guru kelasku...Cikgu Ismail Seman dengan menyorok Kasutnya. Kenangan terindah bersama guru-guru Cikgu Nordin, Cikgu Rosnani, Cikgu Ramali....Moga kalian dilimpahi rahmat daan di bawah lindungannya. Kepada kekawan yang masih di daerah KRai sesekali jika ada masa terluang dan musim cuti sekolah bolehlah menjeguk diriku di Vistana Puteri dan moga hubungan yang terjalin terus berpanjangan .

Wednesday, June 17, 2009

Fuh.....lega....hilang beban

Semalam pergi SMK Chenderiang dengan Baizura and Ijan....untuk selesaikan memasukkan markah peperiksaan....tut...tut kat sana kami diberitahu kami tak perlu memasukkan markah kerana semua guru bertanggungjawab memasukkan markah sendiri secara on-line melalui internet. Tidak ada lagi jawatan penyelaras headcount....dah tugas aku selesai....fuh!!! lega kerana aku tidak akan berurusan lagi untuk memungut dan memasukkan markah guru-guru sehingga aku tension dengan pelbagai karenah dan perangai kekawan. Bila sistem on-line dijalankan pihak PPD dan JPN sendiri boleh memantau guru-guru yang tidak menyiapkan kerja kerana setiap guru mesti bertanggungjawab dan ada kata laluan masing-masing.
Sebelum ni kata pegawai PPD tersebut semasa menggunakan sisten Heeadcount Johor ramai yang merungut tension...ada yang menangis dan bergaduh kerana nak menyelesaikan urusan memasukkan markah dan sukar mendapatkan kerjasama kekawan....jadi sekarang tak perlu risaukan kerjasama kekawan kerana urusan masukkan markah adalah urusan sendiri....dia tak nak isi dia jawablah PPD atau JPN sendiri...sebab pihak tersebut yang akan memantau secara on-line . Alhamdulillah......hilang segala rasa tension.

Tuesday, June 16, 2009

Tolong la faham........

aku tahu dengan coretan ini aku akan mengundang rasa tidak puas hati dan perasaan benci dalam kalangan orang sekeliling terhadap diriku...tapi perkara-perkara begini perlukan ketegasan kerana jika tidak kita akan terus menanggung beban yang tidak sepatutnya dipikul. Dalam mendapatkan kerjasamaa dalam kerja sangat susah.....kekadang sampai mengelegak jugak darah....sebab bila satu orang tidak memberi kerjasama semuanya akan tertangguh...Jangan jadi manusia yang mementingkan diri sendiri dan cuba fikirkan tentang orang lain sama, Kita lakukan benda yang tidak betul dan menyusahkan orang suatu masa Tuhan akan balikkan semuanya kepada kita ..... Jangan kerana kita seorang orang lain pun jadi bermasalah. So renung-renungkanlah pada yang suka memikirkan diri sendiri sahaja.