Wednesday, November 4, 2009

makin tiba....


Pejam celik...pejam celik...dah hampir ke .penghujung musim persekolahan 2009....anak-anak didik ku makin dekat nk exam spm.....mereka yang nak exam aku pula teruk seram sejuk memikirkan peratus sekolah bergantung pada subjek Bm.Dah macam2 usaha yang kami lakukan untuk meningkatkan peratus lulus....tapi apakan daya kalau mereka yang nk exam sendiri sambil lewa....apakan daya.....
Aku sydah memberikan yang terbaik dan yang setakat termampu oleh ku...moga dibukakan pintu hati dan dipermudahkan jalan mereka......Amin

Tuesday, September 15, 2009

saat berlalu pergi.....


Ramadhan yang datang semakin melabuhkan tirai dan bakal berlalu pergi.....terasa sayu kerana nikmatnya tidak mungkin sama dengan hari-hari biasa.....tinggallah aku insan yang kerdil dan hina yang amal ibadah yang dilakukan tidak seberapa. Terasa begitu kerdilnya aku jika dibandingkan dengan insan-insan yang berpeluang mendekatkan diri padaNya dengan penuh ruang dan kesempatan. Memang jika dihitungkan tuntutan dunia tidak akan berakhir jika mata belum dipejamkan selamanya....ada saja halangan untuk bertakwa padanya.....itu menunjukkan kita masih lagi jauh dariNya dan perlukan satu muhasabah diri untuk melastik jauh kesampingNya...Moga penghujung ramadhan ini aku masih lagi berkesempatan untuk bertakwa padaNya.
Persiapan raya tahun ini alakadar sahaja.....aku tidak ingin berbelanja besar untuk kami....cukuplah untuk anak-anak segala persiapan tersedia kerana Hari Raya ini lebih besar maknanya bagi mereka. Untuk puteri-puteriku telah dibeli 4 pasang baju raya dan untuk aku dan suami memadailah sepasang dua...yang penting ketibaan syawal ini akan kami sambut dengan penuh kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk merasai indahnya Ramadhan selama sebulan.
Tahun ni giliran kami beraya di Melaka kerana tahun lepas kami semua telah beraya di Kelantan.Beraya di rumah mertua sama jugak bagiku...kerana suasananya tetap meriah dengan kedatangan sedara mara . Tapi tahun ini rasanya sambutan syawal tidak semeriah sebelum ini kerana mak mertuaku tidak berapa sihat dan berulang masuk ke hospital.......rasanya takut tak berkesempatan untuk merasai kesedapan rendang yang dimasaknya.
Kami akan pulang pada pagi jumaat untuk mengelakkan kesesakan jalan...moga syawal ini dapat kami raikan dengan penuh kesyukuran....insyallah....

Monday, August 31, 2009

Ramadhan di Kelantan


Syoknya....dapat mula berpuasa bersama ma dan ayah di Kelantan....dapat berbuka dan bersahur bersama. Rumah yang sunyi diriuhkan dengan suara nakal puteri-puteriku yang becok bercerita dan bergaduh.
Hari pertama berpuasa...kami tiba dari Perak jam kul 6 lebih....sempat la rehat dulu sementara menanti waktu berbuka.....kuih muih telah kami beli di pasar Ramadahan Gua Musang.....macam-macam nak beli, yela dah lama tak dapat berpuasa di Kelantan, kecur air liur bila dapat lihat pelbagai juadah yang dirindui....alih-alih tangan dah penuh dengan makanan. Terpedaya gak ngan bisikan syaitan yang memujuk untuk membeli.
Time berbuka lagi best....dok bersila ramai-ramai smentara menunggu azan berkumandang....anak-anak becok bertanya tentang makanan yang pelik pada pandangan mereka....dah berbuka....huhu...dah dapat kurma sebiji, air tebu segelas terus kenyang... tu la...tadi perasaan tamak je nak beli macam-macam.
Tapi aku puas hati sebab seminggu di kelantan aku sempat merasa semua makanan yang teringin aku nak rasa seperti sagupal,butir nangka,putu mayang,puteri mandi,akok,netbat, murtabak Ayahanda dan Murtabak Pak Din Ghucil yang penuh dengan isi ayam ( kalau kat krai....memang digemari ramai dan terpaksa que untuk membelinya....aku pun sanggup beratur janji dapat merasa murtabaknya..... hari-hari kami beli sebab bila dah balik perak tak akan jumpa lagi murtabak yang sesedap itu).
Paling aku rindukan ialah ikan rebus goreng yang ibu aku buatkan...tak ada lauk lain pun aku tak kisah....hari-hari aku bersahur dengan ikan tersebut...tak pernah jemu , paling best bila makan nasi dengan ikan rebus goreng dan sayur lemak putih terung....huhuhu... bertambah-tambah nasi. Terasa berat hati nak kembali bekerja sebab aku akan merindui suasana itu bersama mak dan ayah. Tapi apakan daya.....tugas tetap tugas....Panjang umur kemabali lagi.....sayonara kampung ku

Tuesday, August 11, 2009

bila la nak mula mengarang semula


Dah lama tak mengarang.....bukan ape....idea tu ada mencurah-curah tetapi tak da masa nak rekodkan....ingat dah boleh terbitkan buku....tapi baru separuh jalan je....cover dah siap tapi tak da masa nak tulis....sepupu yang jadi penerbit dah sound cepat siapkan ....blog ni dah nak tutup dah..banyak sangat gangguan...nanti nak buka baru yang orang tertentu saja leh link ..... Insyaallah

Wednesday, August 5, 2009

Ujiannya.....

Sudah lama tidak mencatat di ruangan ini....terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk menulis....sibuk menanda skrip jawapan gerak gempur SPM...Gempur seribu...uruskan soalan percubaan PMR semua subjek....dan wat jadual pengawasan percubaan PMR.... dah settle semua baru rasa lega sikit...tapi menanda skrip gempur seribu lum siap.

Ya Allah!!! virus H1N1 menyerang......ini salah satu lagi ujian Tuhan atas kelalaian hambanya....Tuhan mengingatkan kita akan kebesarannya, terlalu ramai hambanya di dunia ini yang mula leka dan hanyut dengan nikmatnya....maka ujian ini datang untuk kita sedar akan kebesarannya....sebagai insan biasa termasuk diriku....kekadang lupa dan alpa....MasyALLAH!!!! kepadanya kita kembali memohon pertolongan dan bantuan....Marilah kita sama-sama bersembahyang hajat memohon perlindungan darinya agar dijauhi dari bala ini....

Tuesday, July 21, 2009

Renung-renungkan

Jika ada seorang yang tidak suka masih ok, jika seorang dua yang tidak berkenan pun kira ok...tetapi jika ada banyak yang bercerita dan mengata tentu ada yang tidak ok dan terkurang di mana-mana.....so muhasabah diri dimana letaknya kita antara ok dan tak ok itu....

Monday, July 13, 2009

eeeh....sibuk.


Minggu ni sangat sibuk.....siap soalan gerak gempur, siapakan maklumat smm dan bmm murid. Tapi alhamdulillah keadaan masih terkawal.....selagi masih bekerja selagi itulah akan sentiasa sibuk

Wednesday, July 8, 2009

hek eleh.....tekunnya dia bekerja

Dalam satu organisasi kerja....mesti akan ada jenis insan seperti ini....ada yang kuat bekerja daan tidak berkira tentang masa dan wang ringgit, ada yang suka mengambil kesempatan atas kerja orang lain dan ada yang suka mengelak bila disuruh buat kerja. Paling dasyat bila ada manusia yang mengaku dia yaang buat kerja sedangkan dia mengarahkan orang lain yang buat kerja tersebut. Adayang juga mulutnya bising bila bekerja dan suka menyakitkan hati orang lain kerana dia merasakan dia lagi berkuasa dan boleh menindas orang lain.....Harus diingatkan walau siapapunkita...tinggi atau rendah pangkat kita....kita tidak akan mampu mengatasi Si Dia yang maha berkuasa....kerana kuasa dia mengatasi segalanya.....Dan yang paling penting Doa orang yang teraniaya biasanya akan dimakbulkan Tuhan....
So....renung-renungkanlah....hidup kita jika kita tidak pernah menyenangkan orang lain janganlah sampai kita pula menyusahkannya....kerana jika dosa kita dengan Tuhan lambat laun akan diampunkan jua jika kita bertaubat....tetapi dosa sesama insan tidak akan terampun jika tuan empunya badan tidak memaafkannya. Tepuk kepala tanya hati dan minda...pilihlah jalan mana yaang harus anda terokai.

Sunday, July 5, 2009

Terima kasih....

Alhamdulillah....key in markah secara online dah settle....dan majlis interaksi dengan ibu bapa selesai.... Lepas satu beban. Terima kasih kepada semua guru yang bekerjasama bertungkus lumus mengisi markah hingga ada yang terpaksa lepak kat cyber cafe. Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf sekiranya dalam menjalankan tugas ada bicaraku yang mengguriskan hati dan terkasar bahasa. Bukan niat di hati untuk mengarah sesiapa ,tetapi aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Yang Lebih itu semuanya datang daripada Allah dan yang kurang itu adalah datang dari kelemahan dan kekhilafan ku sendiri.
Segala kesukaran dan masalah yang berlaku dan kelemahan penerangan kepada guru-guru , aku bagi pihak pentadbiran dan peperiksaan memohon maaf kerana kami juga tidak diberikan sepenuhnya perjalanan sistem tersebut semasa menerima taklimat dan disuruh belajar sendiri....semuanya kami belajar "try and error"....bila ada problem barulah belajar cara mengatasinya.
Sesuatu yang baru memang sukar pada permulaan tetapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi....Jadi kita ikutlah apa yang diarahkan dan terima perubahan dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu yang baru..."Think positive !!!!" kita pun berada di era yang lebih mencabar.

Wednesday, July 1, 2009

Adush! bertimpa-timpa kerja

Penat la.....kerja bertimpa-timpa, berilah peluang untuk bernafas...habis je urusan key in markah online.....terus majlis interaksi..., markah ujian lisan jugak nak dihantar...lepas tu uruskan gerak gempur lak.... entahla.... ini agaknya adat dunia bila yang boleh bekerja diberikan beban secukup-cukupnya, bila yang tak mampu bekerja lepas bebas dan bersenang lenang...terimalah seadanya selagi nafas masih bernyawa.....nak buat camana dah adat dunia....sekadar meluahkan je.

Tuesday, June 23, 2009

Usik-usik manja untuk anak-anakku


Anak-anak ku ( Coretan buat semua anak-anak didiku)
Sekilas pandangan jangan terus merungkai kesimpulan….begitu juga dengan telahan mu pada ku….ada yang melontarkan kata-kata aku sombong kerana kurang menghadiahkan senyuman….ada yang mengatakan aku penuh dengan sindiran bila menutur kata….Fahamilah apa yang tersurat…aku bisa jadi sesiapa saja…teman ibu, rakan dan pendengar yang setia.
Kekadang tutur kata yang tajam hanyalah untuk menyedarkan….wajah yang masam bukan bererti rajuk yang berpanjangan….hanya untuk menyulam ilmu di danau hat i. Aku masih punya akal yang subur mendiami taman hati dan semangat ku masih kental meresap ke seluruh akal dan jiwa untuk mendidik bangsa tercinta. Naluriku masih lagi setia untuk berbakti dan mencair di dalam jasad yang disuburi dengan kalimah maknawi dan hukum akal budi.
Hati yang mekar ini masih dibajai dengan luhur ilmu dan wadah pengetahuan yang ingin ku kongsi bagi menghidupkan akal dirimu dan ingin mengikis segala kejahilan serta kemalasan….kalau mampu ku basuh hatimu…akan aku lakukan.Tapi aku hanya insan yang segalanya terbatas…tidak mampu ku jangkau andai hati mu sendiri tidak berkemahuan Aku hanya insan kerdil .. ..Moga iltizam dan semangat dirimu menggapai impian tidak akan relai. Aku akan terus bersuara….melontarkan diksi dan morfologi agar mampu mengisi kamus jiwamu dengan ilmu.
Biarpun aku hanya guru Bahasa…tapi bahasa inilah bahasa lingua frangca….bahasa yang menjadi perantara yang penuh abjad dan aksara. Moga ajaran ku akan terus harum dan subur dalam jambangan memori mu…meski detik hari terus berputar jauh….dan andainya aku tiada lagi disampingmu….sudilah terpercik doa untuk mengingatiku. Moga wadah dan pesanku akan terus menjadi lirik yang akan kau kenangi menelusuri hidupmu. Moga kejayaan bersama mu di dunia dan di akhirat. Amin!!!!

Dalam mengukir rentak hidup…semua orang punya kisah tersendiri. Bukan semua kisah seseorang mudah likuan hidupnya…ada yang terlalu banyak menelan kelukaan yang menghiris hati. Bagi yang mudah memaafkan akan akur dengan kehendak takdir tapi bagi yang sukar menerima perjalanan pedih itu akan terus menangisi dengan tersisip rasa benc,i dendam, marah,geram…kerana kita insan biasa yang ada naluri yang menajamkan seluruh pancaindera.
Kita juga perlu sedar betapa berharganya sebuah pertemuan dan akur yang indah indah itu tidak semuanya mampu kita miliki. Mungkin ada benarnya tatkala kehilangan barulah kita menyedari kewujudannya dan bila saat kita terluka kita akan mengerti pedihnya….saat rindu datang menghimpit barulah kita sedar betapa bererti dan besarnya kehadiran seseorang. Hargai apa saja yang ada di depan kita……Usah sesekali mensia-siakannya kerana kita mungkin tidak berpeluang lagi memilikinya untuk kali kedua. Bisakah yang terpadam dinyala. Bisakah yang benci disayangi….bisakah yang didusta dimaafi….walau dihimpunkan sesalan belum terhakis kesakitan.

Alahai on -line markah


Pening lalat gak nak key in markah on line ni sebab linenya ada problem je...kejap on and off....so macamana cikgu-cikgu nak masuk markah.....pening gak nak menyelesaikan masalah ni....geram gak ni sebab selagi tak settle masaalah key- in markah ni selagi tu la hati tak tenang sebab kerja lum siap..... eeeeiiiii

Selamat Ulang Tahun Sayang


25 Jun....Selamat ulang Tahun sayang….
Selamat ulang tahun ke 37. Semakin bertambah usia….moga cinta kita juga akan terus mekar sematang hari –hari yang kita lewati. Aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah yang kita lewati bersama ini. Pernah suatu ketika kita mengalah bila cabaran datang membadai, sudah jauh kita tempuh, mungkin ini hikmah yang menunggu di hujung jalan….kita mampu renangi bersama dan aku mampu menjadi penghuni taman hatimu dan kau jua yang memimpin tangan ku hingga ke tahap ini. Kau ada aku dan aku punya kamu…..
Jika halangan terus menduga teruskan perjalanan kita kerana aku ada di sisi setia menemani .Kekadang ku terasa kegagahan cinta kita akan terus diuji…apapun akhir penghujungnya kita doakan terus bersama. ….Sayangku kau tetap ada aku. Cinta kita satu kenyataan yang meleburkan semua batas antara kau dan aku .Kini hanya ada aku dan dirimu. Pedulikan tentang kata orang kerana cinta kita …hanya kita yang rasa.
Dia telah menentukannya, inilah takdirnya, pintu hatiku telah kau buka dan tak mampu ku menafikannya . Janji dengan ku semai cinta nan satu, Tuhan akan terus menguji kita tanpa berhenti….sama-sama kita menjaga hingga ke hujung nyawa. Kita hanya mampu merancang dan menaruh harapan tapi Dia jua yang menentukannya….andai takdir datang menguji jangan ada benci antara kita. Sama –sama kita berdoa padanya moga perjalanan kita terus direstui.
Sesungguhnya hadir mu dan puteri-puteri kita adalah satu kurnia yang mengindahkan lagi perjalanan hari-hariku. Dan moga hidup kita akan terus dalam kedamaian dan ketenangan . Moga kelopak kasih kita akan terus mekar tanpa direnggut rerumput jalang yang menjauhkan aku terpinggir dari diri mu.
Demi diri mu dan puteri-puteri kita aku tidak kisah digelar jiwang karat kerana itulah hakikatnya diri ku .….. SELAMAT ULANG TAHUN MOGA KETAKWAAN KITA PADANYA JUA SEMAKIN UTUH….kerana padanyalah seharusnya kita panjatkan segala doa dan kesyukuran ini. Moga kita terus di bawah kredhaanya Amin!!!!!.

Monday, June 22, 2009

Hari berganti

Happy Birthday ibu.....ucapan bermakna dari puteri-puteriku.....menyedarkan aku musim berganti dan telah terlalu banyak masa yang aku lewati....16 mei genap usiaku 35 tahun....bersamaan sambutan hari guru...Terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan dan tanda ingatan sempena hari lahir, hari guru dan hadiah masuk rumah baru....terima kasih kepada K. kama dan K. Ila...kerana jambangan bunga yang indah...Kak Dee dengan cadar yang romantis....Ziela dengan fresh flower and all may students yang mengingati. 4 my loving hubby....thanks for your love.....suprise yang diberikan. I always love u....

Sunday, June 21, 2009

Baby dah berjalan.....


Bila si kecilku dah mula ligat berjalan....seronok tengok dia bagai gian nak berjalan dan tidak mau duduk diam....letih juga nak mengawalnya. Baby ni agak lambat gak dapat berjalan sebab umurnya setahun 3 bulan baru dapat berjalan dengan betul. Kalau kakak-kakaknya dulu sepuluh bulan dah berjalan....tapi baby cepat lak bercakap....seronok tengok dia bercakap terutama bila nak makan .....Ramai anak banyak la karenah yang perlu aku tangani

Tak ada idea la pulak......


Bila nak mencoret di blog ni idea keras dan membeku lak....bila bersendirian banyak lak idea mencurah-curah. Bila bersendirian tu banyak lak angan-angan dan kekadang teringatla kisah-kisah lama....semalam terkenangkan kekawan form six 1993 smkuala krai..... teringatlah kekawan yang pernah menceriakan hidupku....Azie, kak Long,Zita, Zulfa, Kak Wan, Noriza, Rafi, Adha, Azman....paling tak lupa Sulaiman yang banyak bergaduh dengan ku...
Aku di form six ni boleh tahan gak nakalnya....paling teringat aku pernah menyakat guru kelasku...Cikgu Ismail Seman dengan menyorok Kasutnya. Kenangan terindah bersama guru-guru Cikgu Nordin, Cikgu Rosnani, Cikgu Ramali....Moga kalian dilimpahi rahmat daan di bawah lindungannya. Kepada kekawan yang masih di daerah KRai sesekali jika ada masa terluang dan musim cuti sekolah bolehlah menjeguk diriku di Vistana Puteri dan moga hubungan yang terjalin terus berpanjangan .

Wednesday, June 17, 2009

Fuh.....lega....hilang beban

Semalam pergi SMK Chenderiang dengan Baizura and Ijan....untuk selesaikan memasukkan markah peperiksaan....tut...tut kat sana kami diberitahu kami tak perlu memasukkan markah kerana semua guru bertanggungjawab memasukkan markah sendiri secara on-line melalui internet. Tidak ada lagi jawatan penyelaras headcount....dah tugas aku selesai....fuh!!! lega kerana aku tidak akan berurusan lagi untuk memungut dan memasukkan markah guru-guru sehingga aku tension dengan pelbagai karenah dan perangai kekawan. Bila sistem on-line dijalankan pihak PPD dan JPN sendiri boleh memantau guru-guru yang tidak menyiapkan kerja kerana setiap guru mesti bertanggungjawab dan ada kata laluan masing-masing.
Sebelum ni kata pegawai PPD tersebut semasa menggunakan sisten Heeadcount Johor ramai yang merungut tension...ada yang menangis dan bergaduh kerana nak menyelesaikan urusan memasukkan markah dan sukar mendapatkan kerjasama kekawan....jadi sekarang tak perlu risaukan kerjasama kekawan kerana urusan masukkan markah adalah urusan sendiri....dia tak nak isi dia jawablah PPD atau JPN sendiri...sebab pihak tersebut yang akan memantau secara on-line . Alhamdulillah......hilang segala rasa tension.

Tuesday, June 16, 2009

Tolong la faham........

aku tahu dengan coretan ini aku akan mengundang rasa tidak puas hati dan perasaan benci dalam kalangan orang sekeliling terhadap diriku...tapi perkara-perkara begini perlukan ketegasan kerana jika tidak kita akan terus menanggung beban yang tidak sepatutnya dipikul. Dalam mendapatkan kerjasamaa dalam kerja sangat susah.....kekadang sampai mengelegak jugak darah....sebab bila satu orang tidak memberi kerjasama semuanya akan tertangguh...Jangan jadi manusia yang mementingkan diri sendiri dan cuba fikirkan tentang orang lain sama, Kita lakukan benda yang tidak betul dan menyusahkan orang suatu masa Tuhan akan balikkan semuanya kepada kita ..... Jangan kerana kita seorang orang lain pun jadi bermasalah. So renung-renungkanlah pada yang suka memikirkan diri sendiri sahaja.

Thursday, May 28, 2009

Selamat bercuti....


Esok akan bermula cuti persekolahan.....tapi bagi guru-guru sepertiku, istilah cuti itu sebenarnya tidak ada kerana dalam cutipun kami bekerja...ada kelas tambahan, menyemak kertas peperiksaan dan sebagainya. Kepada anak- anak didik ku selamat bercuti...jaga diri dan semoga kembali ke sekolah dengan semangat baru untuk lebih rajin belajar kerana sudah dapat cuti yang panjang.

Tuesday, May 26, 2009

Busy giler.....


Sibuk sangatlah.....tak tau nak cakau yang mana....kat sekolah....sibuk jaga exam nga semak kertas....kat umah pun terpaksa bawa skrip dan wat kerja sekolah....sampai anak-anak pun merungut.....ibu ni asyik garang dan marah-marah je bila diaorang bising sebab ibu nak mark paper....kesian diaorang....tapi nak wat macamana....dah namapun guru maka kena la bekerja sampai ke rumah.
Lepas cuti nanti aku sibuk pulak menyediakan headcount markah....sepanjang tahun la aku kena berperang dengan tugas ni....bagi aku mengajar tu seronok tapi bila kena buat kerja perkeranian ni la yang buat aku pening nga tension . Apa nak buat redha je walau dalam hati tu kekadang merungut jugak....nak buat camana....tabahkan hati jela...mudah-mudahan diberikan kekuatan dan kesihatan agar semuanya berjalan lancar. Amin!!!!

Monday, May 25, 2009

Frust la.......

Sekarang sibuk menanda skrip jawapan BM form 5.....frust jugak rasa hati bila ada yang gagal dan tidak menggunakan apa yang aku ajar dalam skrip jawapan tersebut....dah berulang kali benda yang sama diajar tapi bila keluar soalan masih lagi kesilapan yang sama diulang. Ada yang lansung tidak mahu berfikir dan menjawab soalan....tidak mahu mencuba dan kertas dipulangkan kosong tanpa jawapan.....mengertilah anak-anak ku kita semua diberikan akal dan fikiran untuk berfikir.....kedunguan dan kebodohan bukan sesuatu yang diwarisi tetapi ianya bergantung kepada akal dan diri sendiri untuk membiarkannya bertahta di kamar hati atau membiarkannya jauh berlalu pergi. Bila yang bodoh itu dibiarkan berlalu pergi maka cerdik dan bijak itu akan datang sendiri....pokok pangkalnya hati dan mahu ataupun tidak sahaja. Masih belum terlambat anak-anakku untuk mula membunuh virus itu!!!!!
Fikirkan....apalah guna wajah yang tampan,kacak ataupun seraut wajah yang cantik jelita....andai otak dungu dan malas berfikir....mahukah kalian mewarisi kekurangan itu kepada anak-anak dan keturunan mu yang akan datang.....
Sebagai seorang yang berusia aku telah mengenal aksara kehidupan ,telah menelusuri onak perjuangan dan aku tahu hidup tidak semudah bayangan ataupun seindah mimpi bila dipejamkan mata tapi.....huruf-huruf kehidupan itu akan membawa kita kepada sebuah hakikat sama ada kita akan mendapat kesenangan ataupun sebuah kesusahan dan airmata perpanjangan.....Bangkitlah anak-anakku....biarkan yang baik menjadi penghuni taman hati dan jauhkan yang tidak baik itu walaupun lintasan sedetik cuma.....

Monday, May 18, 2009

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU


Ucapan selamat hari guru buat semua guru-guru yang bertugas mendidik anak bangsa.....Jutaan terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik diriku....tanpa kalian semuatidak mungkin aku berdiri di sini seperti hari ini....
Buat guru-guru yang pernah mengajar ku di SK Kg. Peria, Kuala Krai, SMK Pahi, SMK Kuala Krai ...dan semua pensyarah USM... Terima kasih diucapkan....Jasa mu Di kenang....
Buat arwah guruku....En. Shamsuddin, Cikgu Mat....semoga oh mu ditempatkan di sisi orang yang soleh....Buat semua kawan seperjuangan yang bergelar guru...selamat hari guru....teruskan tugas dengan seikhlas mungkin...kita mungkin tidak dipandang di dunia tapi ganjarannya tetap ada di akhirat jua....
JANGAN SEDIH JIKA TIADA YANG MENGENANG JASA KERANA ITULAH DUNIA KITA...YANG PENTING KITA AKAN TERUS BERSUARA....TERUS BERBICARA, MENBERIKAN ILMU BUAT WARGA BANGSA TERCINTA. IKHLAS DAN REDHA KERANA INI JALAN KITA....TAHNIAH BUAT SEMUA GURU YANG BERJASA....SELAMAT HARI GURU.....

Wednesday, May 13, 2009

Bertambah usia


Satu rasa, satu cita dan satu cinta

Gemersik suaramu menyanyikan nada rindu
Tiada lagi suara tangisan
Tiada lagi lagu sendu
Hati mu berbunga bahagia bersulam damai
Lalu ku melafazkan tangisan syukur
Lantas ku mampu mengukir senyuman
Perpaduan ini menyatukan kita
Biar berbeza tapi tidak mengapa
Jiwaku dan jiwamu terukir menjadi satu
Biar berbeza rupa, biarpun langkah tidak sehala
Namun kita satu rasa, satu cita dan satu cinta
Mari genggami misi perpaduan
Kau , aku sama, biarpun berbeza rupa
Darah merah mengalir sewarna
Beza kita pada nama
menyatu dalam senada
Nekad satu, menggapai damai bahagia
Akan ku melukiskan jiwa perpaduan
Akan ku larik mimpi-mimpi senada
Akan ku memintal buih-buih kedamaian
Yang mampu menyatukan engkau dan aku.

Lirik lagu ini aku cipta semasa anak-anak didikku menyertai karnival muzik dan budaya
peringkat daerah....biarpun tidak menang tapi dia meninggalkan kesan yang dalam di lubuk hati kerana melodi dan liriknya akan terus terpahat di jiwaku selamanya...dan begitu juga akan terus kekal di ingatan penyanyinya farah, Fendi, ninda....pemain gitar...zul dan keyboard...Kit Yin....Kalah dan menang adalah adat bertanding yang penting kita mencuba dan berani untuk menyahut cabaran....
Jangan mengaku kalah sebelum berjuang....

Semoga berjaya


Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah bermula.....semoaga anak-anak didikku akan melakukan yang terbaik dan menggunakan segala ilmu yang diajar oleh kami. Semoga berjaya.....
Cabaran akan datang daripada setiap penjuru....tapi suluhi ruang dan penjuru itu dengan keyakinan yang tebal....kecekalan dan kekuatan dan bila ada semuanya itu sebati dalam diri dan dalam jiwa....datanglah badai sekalipun engkau tidak akan gentar menghadapinya. Begitu juga dalam perjuangan mencari ilmu...andai engkau sudah cukup berusaha....gigih menggali informasi dan tidak takut untuk melakukan transformasi....datanglah soalan peperiksaan dalam bentuk apa saja engkau akan mampu menjawabnya. So...GOOD LUCK!!!!

Hadiah hari guru....

Semalam aku baru mencuit sedikit tentang fenomena murid sekarang....natijahnya aku mendapat hadiah hari guru sebelum masanya iaitu kereta ku dicalar....dengan pisau atau duit syiling....tinggal kesan yang dalam...terima kasihlah pada yang melakukannya....moga Tuhan memberikan dia hidayah yang baik....Kerana dunia ini berputar....setiap apa yang dilakukan akan mendapat balasan setimpal....Tidak mengapa!! aku hanya akan mendoakan yang terbaik.....
Itulah balasan dan hadiah buat seorang guru sepertiku dan aku tahu ramai lagi kekawan yang mengalami nasib serupa.....baru beli kereta baru....plastik pun belum dibuka tapi sudah dicalar....tidak tahu atas dasar apa dilakukan.....mungkin kerana tangan dah kreatif sangat untuk melukis dan tidak ada tempat lain untuk melukis....jadi kereta cikgu yang jadi tempatnya terima kasih murid-muridku

Tuesday, May 12, 2009

Menjelang Hari Guru

Hari Guru.....saban tahun disambut...tetapi berapa kerat sangatlah yang menghargai guru.....guru sekarang banyak dilabelkan dengan imej negatif....di media massa guru di heboh-hebohkan bagai penyagak yang memukul dan mencubit pelajar sesuka hati....guru dicemuh...dilemparkan kata-kata nista....tapi lupakah mereka yang mengata....guru juga insan biasa yang tidak pernah sempurna...tetapi mereka juga ada rasa...ada jiwa yang akan terluka bila dinista...dikata, dihina dan dicerca.
Lupakah mereka....sejarah mereka juga bermula dari seorang guru biasa....yang mengajar tulis dan baca....walaupun mungkin jasa guru hanya sekelumit cuma tapi mereka tetap juga berjasa. Tiada guru yang memukul murid jika murid itu tidak berbuat apa-apa atau patuh pada arahan....guru mencubit hanya untuk mendidik....sayangkan anak tangan-tangankan....tapi anak-anak zaman sekarang tidak boleh dijentik....yang buruknya guru jua....yang jahatpun guru jua. Maka jadilah fenomena sekarang apabila guru memekakkan telinga...membutakan mata....tidak menegur...jadilah murid-murid sekarang yang terlebih ajar...timbullah kes buli, bergaduh...biadap dan sebagainya kerana guru tidak boleh mengajar ,tidak boleh mendidik....jika dicubit....dimarahi....guru tersebut pula yang disalahkan. Jadi apa nak jadi....ibu bapalah yang harus memikirkan jalan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kami di sekolah hanya paling maksima mendidik mereka 6 hingga 8 jam...yang selebihnya ibu bapalah yang perlu mencorakkan mereka. Jangan salahkan guru andai anak-anak biadap dan degil tapi muhasabah diri....cukupkah pengajaran yang anak-anak dapat daripada ibu dan ayah mereka.
Rajuk guru tidak akan ke mana ....mereka akan kembali berkata-kata....akan kembali bersuara....untuk berkelana dan bercerita...mengajar murid erti budi bahasa....erti indahnya bahasa untuk bersuara dan yang paling penting....satu tugas guru yang tidak akan pernah selesai ialah....mendidik seorang murid menjadi manusia....bukan sekadar manusia tetapi manusia yang sempurna walaupun guru jua hanya manusia biasa.... Moga Allah permudahkan jalan buat guru-guru yang ikhlas berjasa...Insyaallah... "SELAMAT HARI GURU

Seorang ibu....Selamat hari ibu

Tergenang air mataku bila anak keduaku membeli sekuntum bunga dari duit belanja yang aku berikan untuknya membeli makanan......" untuk ibu...angah beli dari cikgu di sekolah". Dia juga melukiskan dua kad ucapan untuk ku dengan lafaz " maafkan angah kerana selalu sakitkan hati ibu..." aku senyum je....di hatiku terasa pilu dan terharu betapa dia menghargai dan menyayangi ku sebagai seoarang ibu.
Anak sulung ku pula menghadiahkan kad ucapan selamat hari ibu...dia ni pendiam sikit dari angah.....bila ditanya " kakak sayang ibu???" dia akan mengangguk dan menangis....sukar untuk ditelah hatinya.....tapi dia memang cepat sensitif....bila aku sedih dia dulu yang akan menangis...dan bergenang airmata....terutama bila diceritakan tentang kampung, dia memang rindukan tok ma, tok ayah, nenek dan atuknya di kampung.....
Anak ketigaku...Anis Arissa....seringkali mengucapkan " adik sayang ibu....adik nak ibu..." .Sesungguhnya mereka adalah milik ku yang terindah dan begitu berharga.....dan dengan adanya mereka aku dapat rasakan diriku juga begitu berharga buat mereka.....Suamiku pula.....ucapan pada hari ibu " terima kasih kerana memberikan puteri-puteri yang comel....tak ada hadiah....tapi abang berikan hadiah rumah kecil ini buat su dan anak-anak. Tidak mengapa! bukan kekayaan yang ku pinta, cukuplah segala rasa cinta dan kasih yang kita jaga selama ini.
Terkenang juga ibuku di kampung...tanpanya dan tanpa kasih sayangnya tidak mungkin wujudnya aku seperti hari ini.Nilai seorang ibu tiada gantinya...Apalah ertinya hidup ini tanpa hadirnya seorang ibu.
Selamat Hari ibu buat bondaku tercinta...Siti Mariam Jusoh.....terima kasih kerana segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan serta doa yang berpanjangan buat diri ku, anak-anakku dan suamiku. Moga dengan berkat doamu aku akan terus terpelihara dan dilindungiNya. Buat bonda mertuaku...Maimunah Jantan...terima kasih kerana sudi berkongsi kasih seorang anak untuk ku jadkan dahan berpaut dan menumpang kasih...iaitu suamiku...." sesungguhnya nilai seorang ibu tiada taranya"

Sunday, May 3, 2009

Pintu dan jalanku


Kekadang kita perlu bertindak untuk kepentingan diri sendiri....tidak boleh hanya berlembut untuk menjaga hati tapi diri sendiri tidak terjaga. Ketegasan diri diperlukan jika kepentingan diri dicabar. Ini jalan yang ku pilih....dan pintu hatiku telah terbuka....ini bahagia yang ku cari. Tidak perlu diperikaikan dan tiada paksaaan dalam aku membuat keputusan....ini jalan yang ku cari. Jika diberikan peluang kedua untuk aku memilih pun aku tetap akan memilih jalan ini dan aku tetap akan memilih dia.....Inilah ketegasan yang ingin ku kau faham....jangan cuba atau mencuba lagi.....kerna natijahnya yang pasti aku akan bertindak tegas jika kepentingan ku dicabar.

Wednesday, April 29, 2009

Lepaskanlah

jangan biarkan perasaan rimas dan lemas menyelubungiku. Tiada apa untuk dikenangi. Jadikan sejarah itu tersimpan berlipat kerana kita ada kehidupan masing-masing. Jangan cuba untuk menjadi sebahagian daripada duniaku . Aku sendiri sudah ada duniaku ......Tidak perlu dikenangkan kerana tidak semua pertemuan ada pengakhirannya. Kita mungkin hanya ada pertemuan tetapi kita telah diukir dengan takdir masing-masing dan aku cukup bahagia dengan takdirku.....Lepaskanlah dan jangan jadikan aku rimas. Catatan di blog ini agar kau mengerti jangan cuba bermain api takut nanti kau yang rentung sendiri...... Ukirlah impianmu sendiri....jangan jadikan semalam itu sebagai wawasan tapi pandanglah ke depan...buka mata, buka minda....manusia tidak boleh hidup hanya dengan semalam....dan kepada mu sekali lagi ingin ku ingatkan.....jangan cuba menjadi sebahagian dari duniaku... kerana kau dan aku telah terjangkau jauh . Ubah haluan mu...mungkin langit mu akan kelihatan lebih biru jika kau positif memandang ke depan

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Dia yang pergi.....

Al-Fatihah buat rakan sekerjaku Allahyarham Mohd Jeffery B. Jamaluddin yang telah kembali ke rahmatullah semalam tanggal jam 7.30 pagi setelah koma selama seminggu. Seluruh warga SMKDZM diselubungi kesedihan....Namun Allah lebih menyanyanginya. Sepanjang hayatnya allahyarham dikenali sebagai seorang yang amat pemurah, tidak kedekut dan sangat banyak sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah dan kawan-kawan
Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat kami rakan-rakannya. Masih terasa kelibat dirinya....tapi apakan daya semua yang ada di dunia ini akan kembali kepada penciptanya. Tanpa redha ataupun tidak kita mesti merelakan pemergiannya dan mengiringinya dengan doa dan al-fatihah. Kepada yang ditinggalkan....hanya iman dan semangat saja mampu memulihkan kekuatan. Bukan mudah untuk menerima satu kehilangan......Pemergiaannya lebih menginsafkan diri ini....bahawa dunia ini hanya fana semata-mata.....kita terlalu kerdil untuk menghadapNya....tiba masa dan ketika kita akan pergi jua.....

Thursday, April 2, 2009

slide

BILA cinta.....


Apabila cinta membutakan mata.....apabila lidah kelu nak berkata....biar apa orang bercerita tapi dialah cinta di jiwa dan di mata. Cinta ada kuasa luar biasa....bisa mengubah seorang manusia....kuasa cinta juga mampu mengubah segala
Bagiku pula cinta adalah suatu rasa yang sangat indah....mengajar kita menjadi orang yang tahu menghargai dan menyayangi....apa yang penting ialah cinta kita pada DIA yang SATU....ALLAH. Cinta padanya sepatutnya mengatasi segala rasa cinta di dunia ini.

Abahku sayang

Manja dengan abah


Dia memang manja dengan abahnya....bila pandang wajah abah terus menjerit hulur tangan untuk di dukung..... dia memang anak abah

Dah...celebrate.


Birthday baby dah lepas and dah celebrate....mak mertuaku dari call tanya dah celebrate ke birtday baby sebab selalunya bila birthday anak-anakku genap satu tahun aku akan adakan majlis kesyukuran dan meraikannya tapi untuk Ayuni tidak sempat untuk adakan kenduri kerana terlalu sibuk....tapi kami sekuarga tetap meraikannya dan bersyukur dengan kehadirannya sebagai penyeri hidup kami.
Hari ni kena bawa dia ke klinik untuk cucuk 0ne year.....malam nanti siap sediala dia merengek dan demam....mulutnya dah petah bercakap menyebut beberapa perkataan yang mengundang kerinduan hati untuk pulang bekerja dan terus menatap wajahnya.

Dah usaha

Hari ni satu lagi perjumpaan dengan murid lemah Bahasa Melayu dibuat bagi menjayakan program menggilap Bahasa Melayu.....moga dibukakan pintu hati murid-murid tersebut untuk berusaha. Jika ada kemahuan di situ akan ada jalan dan belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula otak manusia. Yang penting dan pokok akalnya ialah mesti ada usaha dan kerajinan daripada murid tersebut.

Tuesday, March 31, 2009

Tak sempat nak mengarang.....


Hari mi banyak sangat benda nak buat jadi tak sempat nak mengarang idea....ramai kata aku jiwang karat....tapi bagiku sesekali perlu ada perasaan jiwang tu sebab kalau tak kita tak nak berfikir dan di takuk lama.....tak apa berangan pun kerana kekadang angan-angan akan jadi kenyataan jua bila kita berusaha untuk melalukannya....jangan biarkan angan-angan hanya tinggal kenangan.

Teringat


Hati mula berkata-kata bila terpandangkan wajahnya, kesian ada....sedih pun ada. Bila terpandang dia teringat wajah anakku.....banyak persamaannya. Kekadang tingkahnya yang pendiam dan banyak menyimpan perasaan sama juga dengan anak sulung ku.....

Monday, March 30, 2009

Menggarap harapan




Untuk mu anak-anak didikku
Satu program menggilap Bahasa Melayu di kelas-kelas terakhir telah dilancarkan semalam. Ianya bertujuan untuk membimbing murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu agar dapat menguasai kemahiran bahasa dan seterusnya lulus dalam peperiksaan SPM.
Harapanku ialah anak-anak didik ku ini akan menyertai program ini dengan penuh sukarela dan berkemahuan untuk berjaya. Kami hanya boleh membantu dengan menyediakan program intensif tetapi yang paling penting ialah dirimu sendiri anak-anak ku…… perlu ada kesedaran dan inginkan kejayaan.
Bukan mudah menyusur langkah yang berduri…..segalanya penuh onak yang berduri, percayalah pada kemampuan diri, kejayaan pasti dikecapai. Biar apapun rintangannnya….berjalanlah tanpa henti dan pasti satu destinasi jaya mampu di singgahi…..

Selepas setahun


Hari-hari yang berlalu banyak mengukir sejarah yang tersendiri......apa yang penting setiap yang manis akan ada pahitnya..tetapi itulah resam dan ragam kehidupan. Begitulah indahnya bila menatap wajah Nur khadijah Ayuni......

Setahun berlalu




Setahun yang lalu…….

Setahun yang lalu, tanggal 30 mac 2008 dan pada jam 7.18 petang tatkala azan maghrib berkumandang lahirlah puteri ke 4 kami iaitu Nurkhadijah Ayuni bt Munasir di hospital Slim River. Alhamdulillah! Kini usianya telah genap setahun….terasa cepat sangat masa berlalu….masih terbayang lagi wajah kecil miliknya di pangkuan ku ketika dilahirkan….. Syukur alhamdulillah!. Semoga aku mampu menjadi ibu yang terbaik, yang membesarkan anak-anak dengan jari-jemari ku sendiri. Dan moga dia menjadi puteri yang solehah….seindah nama….Nur Khadijah, walaupun mustahil untuk menjadi semulia Siti Khadijah isteri Rasulullah tetapi harapan ku apabila dia dewasa kelak menjadi insane berguna dan beriman. Amin…..

Friday, March 27, 2009

Gagap


kelu lidah untuk bersuara......gagap untuk menutur kata....mata tajam mengungkap bicara....apakah itu satu virus atau anugerah. Pandangan mata mengunci bicara....lenggok langkah kekadang menyakitkan mata. Bila terlalu banyak berbicara akan mengundang rasa.....rasa bosan....jadi ungkaplah kata berwaspada, jangan terlebih bicara kerana ianya kekadang membosankan....

Hari profesionalisme


Hari ini banyak sesuatu yang baru dipelajari.....semoga ilmu yang diperolehi ini akan terus diaplikasi......agar menjadi satu jambatan meneroka ilmu di alam maya ini......jom! ruyung perlu dipecahkan !

Thursday, March 12, 2009

Bahasa Melayu oh Bahasa Melayu......Kalam hati meluahkan rasa

Semalam keputusan SPM diumumkan.....Peratusan murid lulus Bahasa Melayu merosot kepada 79% daripada 86% pada tahun 2007. Memang mengecewakan!!!!....tetapi sebagai seorang guru yang terlibat secara lansung dalam Pengajaran Bahasa Melayu aku terpanggil untuk meluahkan rasa.....dan aku tahu bukan aku saja yang kecewa dengan keputusan itu walaupun aku tidak terlibat mengajar di tingkatan 5 pada tahun lepas tetapi aku tahu semua guru bahasa akan terasa tempias dan bahang kehangatannya.
Kenapa boleh berlaku demikian????? apakah faktornya apa sebabnya??? itu yang perlu kita kaji secara mendalam.....yang perlu kita renung dengan profesional bukan dengan hanya meletakkan sasaran kepada guru semata-mata. Faktor guru bukanlah alasan kepada kemerosotan tersebut kerana guru-guru inilah yang mengajar saban tahun, dan guru-guru inilah yang pernah mencipta kegemilangan Bahasa Melayu SMKDZM . Dan guru-guru inilah yang bergelut saban tahun bagi memastikan saban tahun murid mereka cemerlang.....Dan adalah tidak adil jika meletakkan kesalahan di bahu mereka kerana faktor utama bukannya guru yang mengajar. Cuba renungkan kualiti guru kita mengajar.....tahun lepas hanya 13 orang calon saja mendapat A tetapi pada tahun ini seramai 41 orang calon mendapat A dalam Subjek bahasa......
Habis apa faktornya???? tidak lain dan tidak bukan ialah faktor murid itu sendiri.....kalau mereka sendiri tidak ada kesedaran untuk belajar dan berajakan malas....tidak peduli lulus atau tidak.....apa lagi yang terdaya untuk guru lakukan????? salahkah guru jika murid tidak peduli betapa bernilainya sijil SPM tersebut?....salah gurukah jika murid tidak peduli tentang masa depan mereka....?.kita perlu ingat kepada pepatah....kita hanya mampu membawa seekor lembu untuk ke tasik dengan menarik hidung mereka untuk minum air....tetapi kita tidak akan mampu memaksa lembu itu minum air jika ia sendiri tidak ingin meminum air tersebut. Samalah kesnya dengan murid kita ni....guru hanya boleh membantu....berikan tunjuk ajar...membimbing mereka tapi kalau mereka sendiri tidak inginkan kejayaan apa boleh dilakukan....berikan mereka motivasi....dah banyak diberikan....itu kerja kaunselor juga.....bukan semua punca dibebankan kepada guru bahasa semata-mata.
Aku sendiri terlibat dalam penyerahan slip keputusan kepada murid-murid semalam. Aku sendiri melihat bagaimana gembira dan bangganya murid yang gagal mendapat sijil....mereka boleh ketawa dan riang menunjukkan kepada rakan-rakan slip kegagalan mereka......betapa tidak bernilainya sijil SPM di mata mereka......Jadi sama-samalah kita renung-renungkan punca kemerosotan tersebut.
Seringkali aku ingatkan murid-murid ku yang subjek Bahasa Melayu adalah nadi kepada Sijil SPM...tetapi masih ada yang tidak peduli, masih ada yang berdengkur masa belajar....masih ada yang ponteng kelas dan masih ramai yang tidak pedulikan bila diarahkan menyiapkan karangan dan latihan....Apalagi yang perlu dilakukan??...hendak dicubit...telah terlebih cubit dah....nak dimarahi .....selalu sangat dah hingga dipermainkan mereka....habis apa lagi.....Kami juga bukan malaikat yang boleh mencuci otak mereka agar berfungsi dengan baik....agar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Kepada guru-guru BM, kuatkan semangat., bulatkan tekad, kita mengajar kerana Allah dan kerana anak-anak bangsa. Jadikan kejian, cemuhan dan hentaman sebagai satu cabaran yang tidak mematahkan semangat walaupun ianya mengguris luka. Biarkan ia hanya menjadi satu kudis kecil yang bisa sembuh dan tidak mencacatkan keindahan yang ada.. dan kepada yang dipuji....jadikan ia satu bonus bukan tiket meninggi diri....kerana level kita tetap sama yang beza cuma saban tahun ada pasang surutnya......yang tinggi tidak mungkin selalu di atas yang yang corot ada masanya akan ke atas jua.
Kepada yang mengerti dan memahami.....jangan jadikan sehari kemarau sebagai satu alasan untuk menidakkan kesuburan yang telah lama mekar dan mewangi di bumi SMKDZM ini......dan yang paling penting ialah suara dan bicara adalah kalam dan wadah yang kekadang akan meninggalkan kesan luka yang dalam.....yang akan tetap tertinggal bisanya biarpun cuba dipadamkan tetapi parutnya akan tetap meninggalkan kesan. Bicara yang tersusun dan berseni akan meninggalkan penawar walaupun visinya beracun ......ertinya tutur yang lembut akan meninggalkan makna walaupun dalam keadaan simboliknya menegur atau menyindir.....hanya ALLAH SAJA SEMPURNA.....kita hanya hamba yang tidak pernah sempurna....ada masa jatuh bangunnya dan yang penting jadikan kegagalan ini untuk kita bersama-sama berusaha untuk memastikan kegemilangan itu milik kita....Tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak di tangan guru Bahasa Melayu sahaja tetapi menjadi amanah semua guru.

Thursday, March 5, 2009


Belaian jiwaku


Anak-anak ibu....kau segalanya untukku.

Sesatla pulak


Semalam..jam 6 petang baru jumpa anak-anak. Selepas waktu mengajar kena meeting kat felda Besout. Pegi sorang, balik pun sorang. Takut jugak drive sorang-sorang sebab jalan tu sunyi. Tapi dalam hati tawakkal je dan beserah pada Allah. Semua kejadian akan berlaku dengan izinNya. Jadi aku gagahkan hati dan pasrah padanya. Mulanya nak minta suami tolong hantarkan sebab aku tak berapa pasti jalannya dan dengar cerita bahaya drive sorang-sorang sebab banyak kereta yang ditahan dan disamun serta jalannya terumbang-ambing...tapi suami ku lak kena meeting kat Bidor subjek sejarah form six. Jadi terpaksalah aku drive sendiri.

Aku pejamkan mata...gagahkan hati....dan drive sendirian...jalan memang sunyi dan sepi di tengah-tengah ladang kelapa sawit.....alhamdullilah selamat sampai untuk meeting walaupun sesat dan tak jumpa cari sekolah. Berpusing-pusing dalam felda tu....akhirnya aku terpaksa bertanya dan minta orang tunjukkan arah sekolah.

Bila nak balik pula satu cerita......tak jumpa jalan keluar untuk balik ke Sungkai....jenuh berpusing-pusing masuk kampung felda....semua jalan sama dan aku pening ....pusing-pusing keluar kat dalam kampung tu jugak....terasa nak menangis pun ada sebab hari makin gelap dan nak hujan ...terfikir pulak macamana perjalanan keluar ku nanti bila hari semakin gelap. Aku terpaksa memandu keluar ke jalan besar dalam jarak 56 kilometer sendirian nanti. Terpaksa sekali lagi aku meminta pertolongan orang tunjukkan jalan....tapi ingatkan anak felda di situ....rupa-rupanya pekerja ladang indonesia....lagi bertambah kecut di hati.....aku gagahkan jugak hati untuk memandu mencari orang yang boleh tunjukkan jalan....akhirnya ada sepasang suami isteri menolong tunjukkan jalan....Syukur alhamdullillah! hanya tuhan yang mampu membalas pertolongan tersebut.

Jalan balik memang sunyi.... hari juga makin gelap sebab banyak masa aku habiskan sewaktu sesat mencari jalan keluar. Aku pecutla kereta dalan 120 kilometer.... terumbang-ambing kereta tu....pintaku janganlah terjadi apa-apa....terbayang wajah-wajah anak ku satu persatu dan yang paling aku teringatkan baby...apa akan jadi pada mereka jika apa-apa berlaku padaku.... dalam hati tidak putus-putus berdoa agar aku selamat ke pangkuan mereka.

Syukur padanya kerana aku selamat sampai pergi dan balik.....Itulah harga sebuah pengorbanan yang termampu aku lakukan.....dan itu hanyalah secebis cuma jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih banyak melakukan pelbagai pergorbanan demi anak-anak bangsa.

Wednesday, March 4, 2009

Astro Perdana



Alahai anakku sayang


Yang kerap meragam padi-pagi bila aku nga suami nak keluar bekerja. Dia sebenarnya nak ikut bersekolah seperti kakak-kakaknya...tetapi umurnya baru 4 tahun....aku rasa dia tidak mampu berdikari lagi untuk ke sekolah kerana dia sangat manja....sekurang-kurangnya di rumah pengasuh dia seorang yang dijaga. Tapi bila berseorangan dia tidak ada kawan bermain......tu la bila pagi-pagi jenuh memujuk untuk dihantar ke rumah emak pengasuhnya....bila dia buat hal....aku mula cemas takut terlewat ke tempat kerja

Royak gak maknanya....


Ada yang bertanya padaku beberapa patah kacek kelate yang mereka nak tau....antaranya.....Bedooh, kupit,tok dan nak taha,beloree,......kalu nak dicerita satu persatu memang susah sebab loghat kelantan ni banyak tapi tak susah untuk dipelajari... Itulah uniknya kelate

Tu belum lagi masuk cerita....tentang makanannya...macam-macam...Aku bila balik kelantan je mesti berat badan bertambah. Kalau pergi pasar malam tentu penuh tangan menjinjing makanan sampai suamiku cakap...." abis ke su makan ni?". Tu la bila tengok macam-macam dah rabun mata, terasa semuanya nak telan sebab rindu punya pasal. Nak makan akok, kopok lekor, tepung pelita, tepung bungkus, taik itik,bunga tanjung,nasi kerabu, nasi dagang, laksam, tapai ubi goreng,lompat tikam, serabai dan macam-macam yang sememangnya aku tidak akan dapat nikmatinya di tempat lain. Kalau dapatpun rasanya tidak sama dengan yang dimasak oleh orang kelantan.

Kalau pagi, kat kelate...celik je mata makan nasi belauk....fuh!!!! dapat nasi belauk kelate terus lupa roti canai dan nasi lemak kat perak ni.Yang paling indah ialah bila kita gi pasar malam ke, pasar ke....semua peniaganya ramah-ramah...mulut tak berhenti bercerita la dan pakai pun jangot-jangot ( suka melawa). Kalau kat kelate pakai kebaya dan baju kurung dan tudung mengerlip tu perkara biasa la. Kekadang aku pun turutla lepas gian sekali sekala....tapi nak tergelak gak bila suami ku tanya....." ni nak gi pasar ke nak ke mana Su ?"...saja ikut keadaan bila belut kembali ke lumpur....

Tuesday, March 3, 2009


Kata pertama

Abah..... kakak..... tak nak....makin kerap terpancul dibibirnya