Wednesday, January 21, 2009

Fahamilah.....

Ada yang bagi respon bila aku meluahkan isu fenomena bertukar saiz semalam....memang itu kenyataannya. Tetapi bukan semua lelaki berperangai negatif seperti itu.... tapi kenyataannya memang ada suami yang sebegitu. Suami harus faham.....emosi seorang isteri akan terganggu sejak mula sebuah nyawa berada di dalam rahimnya, dari itu dia memerlukan banyak sokongan dan kasih sayang serta dorongan untuk melalui fasa-fasa sukar hingga ke hari untuk menzahirkan seorang zuriat ke dunia. Selepas itu dia terpaksa pula melalui hari-hari pemulihan semangat, emosi, dan fizikal untuk kembali seperti biasa. Tidak semua orang beruntung dapat kekal kembali seperti asal. Ada dua jenis kegemukan yang dihadapi semasa mengandung....ada yang badan membesar kerana lemak dan ada yang membesar kerana air.....
Badan membesar kerana air senang kurus....kerana ia akan mengecil kembali selepas baby di lahirkan....tetapi yang kembang kerana lemak memerlukan masa untuk kembali seperti asal... mesti rajin dan berdisiplin untuk mencapai target. Di sinilah perlunya sokongan suami untuk menzahirkan hakikat tersebut.
Jangan kecilkan hatinya...berikan semangat padanya...." "Yang boleh kurus.....ni pun dah kurus sikit......sikit hari lagi....tentu lagi cantik" . Jangan pula takut nak berterus terang.....takut kecilkan hati isteri tapi dari perlakuan tidak mahu beriringan lebih menyakitkan hati isteri. Pujuklah isteri " Ayang dah cantik dah....tapi kalau kurus lagi akan lebih cantik...." itulah caranya...Dengan cara lembut tersebut isteri akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk suaminya....kerana bagi seorangi steri sepertiku...suami adalah orang yang paling hampir dengannya.....Jadi fahamilah hati isteri. Aku ingin menjadi mimpi dalam tidur mu.....bukan nya satu igauan ngeri bagi dirimu....

Tuesday, January 20, 2009

Berterus-teranglah.......

Bila mendengar luahan hatinya yang mengadu padaku.....hatiku sebagai seorang wanita terasa terguris. Betapa naluriku sebagai seorang wanita dan seorang ibu terluka dan aku pasti ramai lagi wanita di luar sana akan terasa terhiris dan terguris sepertiku.
Luahan hatinya yang mengatakan si suaminya malu untuk berjalan beriringan dengannya, malu untuk memperkenalkan dirinya sebagai isteri lantaran perubahan bentuk badan yang dialaminya. Badan yang dulunya kecil molek berubah mendadak bila melahirkan anak-anak. Hina sangatkah se0rang isteri yang badannya besar bila bertarung nyawa memberikan zuriat untuk memanjangkan ke turunan suami?. Fenomena saiz XS bertukar XXL adalah perkara biasa.....kalau si isteri boleh berkorban....sanggup menderita mengandung dan melahirkan...mengapa si suami tidak boleh berkorban menerima perubahan si isteri dengan seadanya. Si suami sepatutnya membantu memberikan sokongan moral agar si isteri mempunyai keyakinan diri....bukannya mengutuk atau menguriskan hatinya. Beri isteri semangat untuk melalui perubahan tersebut, dan bantu isteri agar berusaha untuk menguruskan badan , bukan memperlekehkan usahanya dan memperkecilkan hatinya.

Sunday, January 18, 2009

Mengalah bukan bererti kalah

Tu la.....ramai ibu bapa yang bertanya kenapa guru-guru cepat melabelkan anak-anak mereka malas, degil dan kurang ajar. Sebenarnya bukan guru-guru yang cepat menghukum dan membuat spekulasi negatif terhadap anak didik mereka....tak ada guru yang tahu tentang hukum hakam agama yang nak menggelarkan anak-anak murid mereka tanpa fakta dan kenyataan semata....sebab mereka juga seorang ibu...seorang ayah. Mereka faham dan mengerti naluri seorang ayah dan seorang ibu .
Tapi ibu bapa juga perlu faham perasaan seorang guru, mereka juga insan biasa....jika kita sebagai ibu dan ayah akan marah jika seorang anak kurang ajar, menjawab mulut dan engkar arahan begitu juga dengan guru....mereka juga ada hak untuk marah dan menegur . Ibu bapa juga harus rasional,....jangan dengar aduan dan rungutan anak semata tetapi kaji dan selidik dulu jika anaknya kena tindakan disiplin....buka mata....peka telinga dan terima kenyataan kadangkala anak kita tidak seperti yang kita jangka....zaman sekarang anak kita lebih cerdik dan matang dari yang kita rasa...ada yang maju ke depan lebih dari kita....jadi kita perlu akur. musim sudah bertukar.....kita jangan alpa.

Teguhkan kesabaran ku......

Rutin biasa guru mengajar dan murid belajar....tetapi sekarang rutin itu lebih mencabar kerana tidak semua murid datang ke sekolah untuk belajar.....ada yang dipaksa dan ada yang sengaja datang untuk berkawan...Bila ada anasir- anasir ini maka terjadilah gangguan saraf dan emosi bila guru mula mengajar. Yang tidak berminat belajar mula tunjuk belang....bukan sekadar tidak mahu belajar tetapi mengganggu guru yang ingin mengajar dan mengacau kawan lain yang berminat belajar.
Kekadang situasi ini mencabar kesabaran guru sepertiku......kalau tidak kuat iman aku pun jadi dua kali lima dengan mereka....kekadang hati terusik jua bila mereka ada masanya kurang ajar...bukan saja tidak hormat guru tetapi mahu tunjuk diri kebal kerana berjaya melawan guru.
Ah! aku pun kekadang terpaksa mengalah dan tunduk mengalah dengan mereka.... bukan kerana tak mampu menangani mereka tetapi.....api jika marak membakar jangan di simbah minyak....biarkan dia jadi bara dahulu baru di simbah air.......alahai.....tak sempat nak habiskan luahanla....ada kelas...

Friday, January 16, 2009

Biarkan dia bahagia........

Hati terasa jengkel.....masih ada lagi insan sepertinya. Biar sejauh mana pun kita menyayangi seseorang dan seteguh manapun kita mencintainya andai dia bukan tertulis dalam takdir kita maka dia bukanlah milik kita....jadi bebaskanlah dia....lepaskanlah....biarkan dia bahagia. Jangan cuba menjadi menjadi sebahagian dari dunianya....dia bukan milik kita....bukan takdir kita....mungkin dia tidakpernah termimpi untuk mengenang kita dalam dunia miliknya kini. Kenangan semalam biarkan terus berlalu jangan jadikan ia bagai bayang yang mengganggu masa kini. Jadi biarkan dia bahagia......

Alahai sibuknya aku

Hambatan waktu menyebabkan aku sudah tidak lama mencoret di ruangan ini. Tahun 2009 lembaran baru terukir, banyak kerja yang sedang menantiku.Tugasan baru kekadang memerlukan aku menanganinya dengan penuh sabar,cekal dan bervisi....kekadang terasa kekalutan juga sebab tidak tahu yang mana nak dicakau dulu.....kepala terasa berat....banyaknya kerja....sebagai timbalan SU kurikulum,guru kelas,ketua rumah,ketua kelab seni dan budaya, jaga bilik kecemerlangan , bilik kurikulum, siapkan register,siapkan smm, daftar murid spm, latihan rumah sukan......berkecamuk minda memikirkannya.....itu di sekolah...., di rumah....anak-anak nak diuruskan...Along dah darjah 3 , angah dah jejak tahun 1.....petang mereka sekolah agama.....berat tanggungan seorang ibu bekerjaya sepertiku. Kekadang terasa anak-anak terabai dalam kekalutan jadual harian ku.
Nasib aku baik kerana mempunyai suami yang ku anggap lebih dari seorang teman,kekasih dan tempat mengadu.Pada dia segala kekalutan diluahkan. Kekadang dia banyak menjadi mangsa bila aku meradang tidak tentu tempat....hanya dia yang faham tentang diri seorang aku. Mungkin tiada orang yang mampu memahamiku sepertinya...banyak bekanku diuruskan olehnya....Terima kasih suamiku.....hanya kau yang mampu menyayangi dan mencintai aku seadanya aku.....Semoga kasih kita kekal abadi sehingga ke hujung nyawa...insyaallah!