Wednesday, April 29, 2009

Lepaskanlah

jangan biarkan perasaan rimas dan lemas menyelubungiku. Tiada apa untuk dikenangi. Jadikan sejarah itu tersimpan berlipat kerana kita ada kehidupan masing-masing. Jangan cuba untuk menjadi sebahagian daripada duniaku . Aku sendiri sudah ada duniaku ......Tidak perlu dikenangkan kerana tidak semua pertemuan ada pengakhirannya. Kita mungkin hanya ada pertemuan tetapi kita telah diukir dengan takdir masing-masing dan aku cukup bahagia dengan takdirku.....Lepaskanlah dan jangan jadikan aku rimas. Catatan di blog ini agar kau mengerti jangan cuba bermain api takut nanti kau yang rentung sendiri...... Ukirlah impianmu sendiri....jangan jadikan semalam itu sebagai wawasan tapi pandanglah ke depan...buka mata, buka minda....manusia tidak boleh hidup hanya dengan semalam....dan kepada mu sekali lagi ingin ku ingatkan.....jangan cuba menjadi sebahagian dari duniaku... kerana kau dan aku telah terjangkau jauh . Ubah haluan mu...mungkin langit mu akan kelihatan lebih biru jika kau positif memandang ke depan

1 comment:

Unknown said...

Telahku baca coretan hatimu maka terdetik dihati untuk menarikan mata pena ini. Kuharap dengan coretan ini dapat mengurai kekusutan yang bermain dibenak hatimu itu. Bukan maksudku untuk mengimbau kenangan lalu hanya sekadar bertanya khabar...Ingin ku nyatakan disini yang aku amat bahagia dengan duniaku kini dan tak terdetik untuk aku berpaling lagi. Biarlah kenangan itu terpahat didalam lipatan memori kau dan aku. Dalam meniti hari-hari mendatang ku doakan semoga kita berbahagia dalam dunia kita.....