Monday, February 23, 2009

Terima kasih


Terima kasih kepada semua kekawan yang menolong melatih anak-anak didik dari rumah rajawali....yang sanggup sama-sama berpanas, berhujan, yang sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak, masa rehat yang berharga dan juga mungkin wang ringgit. Semoga segala usaha kita akan diberkati dan setidak-tidaknya ada jua sumbangan kita untuk memajukan anak-anak bangsa kita. Maju bukan hanya dalam pelajaran tetapi sekurang-kurang kita mampu membentuk keyakinan diri untuk sesuatu individu.


Kepada peserta- peserta rumah rajawali, terima kasih kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbangkan pingat kepada rumah rajawali. Kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kalah tidak mengapa.....kalah di trek tidak mengapa...asalkan menang dalam menyumbang tenaga....Sesungguhnya saya sebagai ketua rumah rajawali sangat menghargai segala pengorbanan anda semua....Terima kasih daun keladi....tahun hadapan berbakti lagi.

No comments: