Sunday, February 22, 2009



Kepada wanita di luar sana yang sangat stress dengan kerja dan beban keluarga….keluarlah….luaskan minda dan lapangkan jiwa. Di Dunia ini bukan hanya untuk bekerja dan berbakti kepada keluarga semata-mata…tetapi perlu ada ruang untuk diri sendiri….Berilah peluang pada diri untuk menyayangi dan menyintai diri sendiri….kerana jika kita gagal mencintai diri tiada siapa yang akan menyintai diri kita lebih daripada empunya diri.
Sang suami yang menyayangi isteri pasti inginkan isterinya bahagia…tenang dan tahu menghargai diri..Ada masanya isteri perlukan ruang untuk diri sekali sekala….. Biarkan dia bersama-sama kawan-kawannya…bebas bercerita, berbicara…..membeli apa yang diingini dan yang penting dapat lepas seketika merehatkan minda. Belailah diri sekali sekala di spa dan salon kegemaran….hilangkan stress kerja dan kosongkan minda…atau sekali-sekala jointlah kawan-kawan hi-tea di mana-mana.
Kepada si isteri….yang penting ke mana pun pergi…izin suami adalah penting kerana dialah orang pertama yang perlu kita hormati….biarkan dia tahu arah kita…tujuan kita. Sebelum melangkah keluar pastikan keperluan suami tersedia….makan pakai dan anak-anak terjaga dan yang paling penting…..melangkahlah sejauh manapun…..sematkan di jiwa…”aku seorang isteri dan seorang ibu”. Insyaallah langkah tidak akan sumbang dan jiwa akan tenang.
Kepada sang suami….isteri adalah satu anugerah dan bukan satu hak milik yang boleh dinafikan haknya..Bukan juga satu boneka yang hanya untuk dipamerkan….kerana zarah-zarah yang tercipta di badannya ada riak-riak perasaan dan ada gelombang-gelombang naluri yang mampu mengukir rasa kecewa ,bahagia dan juga derita. Wanita juga bukan satu objek untuk menggalas beban menanggung kewangan keluarga meskipun mereka bekerja dan punya pendapatan sendiri . Dalam ajaran islam sendiri tidak membolehkan si suami meminta wang isteri untuk menanggung beban keluarga tetapi jika si isteri itu redha dan memberinya….maka itu adalah dibenarkan.
Oleh itu biarkanlah si isteri merasa nikmatnya memegang wang sendiri dan membeli sekali sekala apa yang diingininya.
Sesekali hati terasa sangat sedih dan terluka bila ada kekawan yang mengalami stress dan dan diperlakukan seperti kuli mencari wang menggalas beban keluarga sedangkan haknya untuk diri dinafikan….apa jadi dengan perasaannya sendiri?….dan untuk sang suami yang dominan sebegini… “tidak adakah rasa malu dan tercabar kerana mengharapkan kepada kudrat yang lemah yang sepatutnya dilindungi dan dibela nasibnya ? Cuba mengertilah…. Berikanlah ruang untuk sang isteri…. Mereka juga ada hati dan harga diri….”.
Buat sang isteri di luar sana…..sekiranya jiwa di palu resah berpanjangan, jangan menyerah kalah dan bangunlah menegakkan kebenaran….Ingat akan KeEsaaNya, nescaya keharmonian akan kita perolehi dan kekecewaan akan terlerai pudar di lubuk hati.

Kepada sang suami yang sangat memahami seperti suamiku….terima kasih kerana tidak menafikan hak seorang isteri sepertiku…Terima kasih suamiku….Hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan mu itu.

No comments: