Wednesday, May 13, 2009

Bertambah usia


Satu rasa, satu cita dan satu cinta

Gemersik suaramu menyanyikan nada rindu
Tiada lagi suara tangisan
Tiada lagi lagu sendu
Hati mu berbunga bahagia bersulam damai
Lalu ku melafazkan tangisan syukur
Lantas ku mampu mengukir senyuman
Perpaduan ini menyatukan kita
Biar berbeza tapi tidak mengapa
Jiwaku dan jiwamu terukir menjadi satu
Biar berbeza rupa, biarpun langkah tidak sehala
Namun kita satu rasa, satu cita dan satu cinta
Mari genggami misi perpaduan
Kau , aku sama, biarpun berbeza rupa
Darah merah mengalir sewarna
Beza kita pada nama
menyatu dalam senada
Nekad satu, menggapai damai bahagia
Akan ku melukiskan jiwa perpaduan
Akan ku larik mimpi-mimpi senada
Akan ku memintal buih-buih kedamaian
Yang mampu menyatukan engkau dan aku.

Lirik lagu ini aku cipta semasa anak-anak didikku menyertai karnival muzik dan budaya
peringkat daerah....biarpun tidak menang tapi dia meninggalkan kesan yang dalam di lubuk hati kerana melodi dan liriknya akan terus terpahat di jiwaku selamanya...dan begitu juga akan terus kekal di ingatan penyanyinya farah, Fendi, ninda....pemain gitar...zul dan keyboard...Kit Yin....Kalah dan menang adalah adat bertanding yang penting kita mencuba dan berani untuk menyahut cabaran....
Jangan mengaku kalah sebelum berjuang....

No comments: