Monday, May 25, 2009

Frust la.......

Sekarang sibuk menanda skrip jawapan BM form 5.....frust jugak rasa hati bila ada yang gagal dan tidak menggunakan apa yang aku ajar dalam skrip jawapan tersebut....dah berulang kali benda yang sama diajar tapi bila keluar soalan masih lagi kesilapan yang sama diulang. Ada yang lansung tidak mahu berfikir dan menjawab soalan....tidak mahu mencuba dan kertas dipulangkan kosong tanpa jawapan.....mengertilah anak-anak ku kita semua diberikan akal dan fikiran untuk berfikir.....kedunguan dan kebodohan bukan sesuatu yang diwarisi tetapi ianya bergantung kepada akal dan diri sendiri untuk membiarkannya bertahta di kamar hati atau membiarkannya jauh berlalu pergi. Bila yang bodoh itu dibiarkan berlalu pergi maka cerdik dan bijak itu akan datang sendiri....pokok pangkalnya hati dan mahu ataupun tidak sahaja. Masih belum terlambat anak-anakku untuk mula membunuh virus itu!!!!!
Fikirkan....apalah guna wajah yang tampan,kacak ataupun seraut wajah yang cantik jelita....andai otak dungu dan malas berfikir....mahukah kalian mewarisi kekurangan itu kepada anak-anak dan keturunan mu yang akan datang.....
Sebagai seorang yang berusia aku telah mengenal aksara kehidupan ,telah menelusuri onak perjuangan dan aku tahu hidup tidak semudah bayangan ataupun seindah mimpi bila dipejamkan mata tapi.....huruf-huruf kehidupan itu akan membawa kita kepada sebuah hakikat sama ada kita akan mendapat kesenangan ataupun sebuah kesusahan dan airmata perpanjangan.....Bangkitlah anak-anakku....biarkan yang baik menjadi penghuni taman hati dan jauhkan yang tidak baik itu walaupun lintasan sedetik cuma.....

No comments: