Tuesday, June 23, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang


25 Jun....Selamat ulang Tahun sayang….
Selamat ulang tahun ke 37. Semakin bertambah usia….moga cinta kita juga akan terus mekar sematang hari –hari yang kita lewati. Aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah yang kita lewati bersama ini. Pernah suatu ketika kita mengalah bila cabaran datang membadai, sudah jauh kita tempuh, mungkin ini hikmah yang menunggu di hujung jalan….kita mampu renangi bersama dan aku mampu menjadi penghuni taman hatimu dan kau jua yang memimpin tangan ku hingga ke tahap ini. Kau ada aku dan aku punya kamu…..
Jika halangan terus menduga teruskan perjalanan kita kerana aku ada di sisi setia menemani .Kekadang ku terasa kegagahan cinta kita akan terus diuji…apapun akhir penghujungnya kita doakan terus bersama. ….Sayangku kau tetap ada aku. Cinta kita satu kenyataan yang meleburkan semua batas antara kau dan aku .Kini hanya ada aku dan dirimu. Pedulikan tentang kata orang kerana cinta kita …hanya kita yang rasa.
Dia telah menentukannya, inilah takdirnya, pintu hatiku telah kau buka dan tak mampu ku menafikannya . Janji dengan ku semai cinta nan satu, Tuhan akan terus menguji kita tanpa berhenti….sama-sama kita menjaga hingga ke hujung nyawa. Kita hanya mampu merancang dan menaruh harapan tapi Dia jua yang menentukannya….andai takdir datang menguji jangan ada benci antara kita. Sama –sama kita berdoa padanya moga perjalanan kita terus direstui.
Sesungguhnya hadir mu dan puteri-puteri kita adalah satu kurnia yang mengindahkan lagi perjalanan hari-hariku. Dan moga hidup kita akan terus dalam kedamaian dan ketenangan . Moga kelopak kasih kita akan terus mekar tanpa direnggut rerumput jalang yang menjauhkan aku terpinggir dari diri mu.
Demi diri mu dan puteri-puteri kita aku tidak kisah digelar jiwang karat kerana itulah hakikatnya diri ku .….. SELAMAT ULANG TAHUN MOGA KETAKWAAN KITA PADANYA JUA SEMAKIN UTUH….kerana padanyalah seharusnya kita panjatkan segala doa dan kesyukuran ini. Moga kita terus di bawah kredhaanya Amin!!!!!.

No comments: