Sunday, March 1, 2009

Rajawali tercorot...tak malu ke????

Ramai yang bertanya padaku...tak malu ke sebagai ketua rumah rajawali ..dapat tempat last. Kenapa aku perlu malu. Aku sudah jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuh kudrat yang diberi. Kalau kekalahan yang tersurat buat apa nak malu....tidak sedtik pun perasaan malu dan terkilan timbul kerana yang berlawan di padang dan ditrek olahraga itu bukannya diriku. Ianya semua bergantung kepada atlet.
Pengurusan telah aku laksanakan....latihan telah dijalankan. makan minum peserta aku uruskan dan kebajikan mereka telah aku pantau. Apa lagi yang mampu dilakukan andai hakikatnya tidak ada ramai atlet kat situ. Dulu ada Siti Norfazira....boleh kaut 4 emas untuk rumah...tapi dah diagihkan ke rumah kasuari yang dan sememangnya kuat...Hanya tinggal Akmal Hakim....jadi apa nak kata lagi memang itu yang termampu.
Ada ketua rumah yang tidak buat apa-apa pun boleh menang dan muridnya menguruskan diri sendiri. sebab atletnya memang kuat. Jadi adalah tidak adil kalau kesalahan diletakkan ke bahu ketua rumah semata-mata. Apa orang nak kata.....biarlah....aku tidak pedulipun ....yang penting aku dah jalankan tanggungjawab...Yang lain tu terserahlah pada penilaian .
Apa yang penting kita ikhlas dan jujur pada diri..... kerana keikhlasan adalah satu yang sukar dizahirkan kerana ianya ibarat satu roma halus di bening mata.....hanya orang yang melihat....memandang dan berfikir sahaja tahu untuk menilai dan menghargainya....Dan yang aku sedar dan tidak pernah alpa ialah " Aku bukan Yang Terbaik"... Jadi tidak perlu rasa sedih dan terkilan.

1 comment:

Shamsuddin Bin Yaacob said...

Betul tu. Saya amat setuju dengan awak. Tahun lepas rumah Garuda tercorot tapi aku tak sedih pun. Tapi orang perempuan ni memang emosi lebih daripada lelaki. Jadi tak hairanlah rumah Garuda tahun ini banyak benda yang tak puas hati diluahkan oleh ketuanya.