Thursday, March 12, 2009

Bahasa Melayu oh Bahasa Melayu......Kalam hati meluahkan rasa

Semalam keputusan SPM diumumkan.....Peratusan murid lulus Bahasa Melayu merosot kepada 79% daripada 86% pada tahun 2007. Memang mengecewakan!!!!....tetapi sebagai seorang guru yang terlibat secara lansung dalam Pengajaran Bahasa Melayu aku terpanggil untuk meluahkan rasa.....dan aku tahu bukan aku saja yang kecewa dengan keputusan itu walaupun aku tidak terlibat mengajar di tingkatan 5 pada tahun lepas tetapi aku tahu semua guru bahasa akan terasa tempias dan bahang kehangatannya.
Kenapa boleh berlaku demikian????? apakah faktornya apa sebabnya??? itu yang perlu kita kaji secara mendalam.....yang perlu kita renung dengan profesional bukan dengan hanya meletakkan sasaran kepada guru semata-mata. Faktor guru bukanlah alasan kepada kemerosotan tersebut kerana guru-guru inilah yang mengajar saban tahun, dan guru-guru inilah yang pernah mencipta kegemilangan Bahasa Melayu SMKDZM . Dan guru-guru inilah yang bergelut saban tahun bagi memastikan saban tahun murid mereka cemerlang.....Dan adalah tidak adil jika meletakkan kesalahan di bahu mereka kerana faktor utama bukannya guru yang mengajar. Cuba renungkan kualiti guru kita mengajar.....tahun lepas hanya 13 orang calon saja mendapat A tetapi pada tahun ini seramai 41 orang calon mendapat A dalam Subjek bahasa......
Habis apa faktornya???? tidak lain dan tidak bukan ialah faktor murid itu sendiri.....kalau mereka sendiri tidak ada kesedaran untuk belajar dan berajakan malas....tidak peduli lulus atau tidak.....apa lagi yang terdaya untuk guru lakukan????? salahkah guru jika murid tidak peduli betapa bernilainya sijil SPM tersebut?....salah gurukah jika murid tidak peduli tentang masa depan mereka....?.kita perlu ingat kepada pepatah....kita hanya mampu membawa seekor lembu untuk ke tasik dengan menarik hidung mereka untuk minum air....tetapi kita tidak akan mampu memaksa lembu itu minum air jika ia sendiri tidak ingin meminum air tersebut. Samalah kesnya dengan murid kita ni....guru hanya boleh membantu....berikan tunjuk ajar...membimbing mereka tapi kalau mereka sendiri tidak inginkan kejayaan apa boleh dilakukan....berikan mereka motivasi....dah banyak diberikan....itu kerja kaunselor juga.....bukan semua punca dibebankan kepada guru bahasa semata-mata.
Aku sendiri terlibat dalam penyerahan slip keputusan kepada murid-murid semalam. Aku sendiri melihat bagaimana gembira dan bangganya murid yang gagal mendapat sijil....mereka boleh ketawa dan riang menunjukkan kepada rakan-rakan slip kegagalan mereka......betapa tidak bernilainya sijil SPM di mata mereka......Jadi sama-samalah kita renung-renungkan punca kemerosotan tersebut.
Seringkali aku ingatkan murid-murid ku yang subjek Bahasa Melayu adalah nadi kepada Sijil SPM...tetapi masih ada yang tidak peduli, masih ada yang berdengkur masa belajar....masih ada yang ponteng kelas dan masih ramai yang tidak pedulikan bila diarahkan menyiapkan karangan dan latihan....Apalagi yang perlu dilakukan??...hendak dicubit...telah terlebih cubit dah....nak dimarahi .....selalu sangat dah hingga dipermainkan mereka....habis apa lagi.....Kami juga bukan malaikat yang boleh mencuci otak mereka agar berfungsi dengan baik....agar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Kepada guru-guru BM, kuatkan semangat., bulatkan tekad, kita mengajar kerana Allah dan kerana anak-anak bangsa. Jadikan kejian, cemuhan dan hentaman sebagai satu cabaran yang tidak mematahkan semangat walaupun ianya mengguris luka. Biarkan ia hanya menjadi satu kudis kecil yang bisa sembuh dan tidak mencacatkan keindahan yang ada.. dan kepada yang dipuji....jadikan ia satu bonus bukan tiket meninggi diri....kerana level kita tetap sama yang beza cuma saban tahun ada pasang surutnya......yang tinggi tidak mungkin selalu di atas yang yang corot ada masanya akan ke atas jua.
Kepada yang mengerti dan memahami.....jangan jadikan sehari kemarau sebagai satu alasan untuk menidakkan kesuburan yang telah lama mekar dan mewangi di bumi SMKDZM ini......dan yang paling penting ialah suara dan bicara adalah kalam dan wadah yang kekadang akan meninggalkan kesan luka yang dalam.....yang akan tetap tertinggal bisanya biarpun cuba dipadamkan tetapi parutnya akan tetap meninggalkan kesan. Bicara yang tersusun dan berseni akan meninggalkan penawar walaupun visinya beracun ......ertinya tutur yang lembut akan meninggalkan makna walaupun dalam keadaan simboliknya menegur atau menyindir.....hanya ALLAH SAJA SEMPURNA.....kita hanya hamba yang tidak pernah sempurna....ada masa jatuh bangunnya dan yang penting jadikan kegagalan ini untuk kita bersama-sama berusaha untuk memastikan kegemilangan itu milik kita....Tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak di tangan guru Bahasa Melayu sahaja tetapi menjadi amanah semua guru.

No comments: