Sunday, July 11, 2010

mitos cinta seorang lelaki

Penaku menari- nari mencoretkan sebuah coretan kelukaan, gurindam jiwa kisah airmata, di kamar hati ini tertanya-tanya mengapa mudahnya melafazkan sebuah cinta ikatan rasa bagaikan cinta itu hanya sebuah persinggahan cuma dan lebih tepat lagi hanya mitos...iaitu mitos cinta seorang lelaki....
Hati berbaur-baur antara rasa geram...sakit hati dan sedih datang berselang seli...memandang wajahnya yang ibarat tidak ada rasa bersalah pada insan lain lebih mencucuk-cucuk hati ku....tapi bukan aku yang disakiti...tapi rasa sedih dan geram ini tetap bertandang bila memikirkan ada insan yang pentingkan diri sebegini...yang boleh membina istana bahagia atas titisan airmata orang lain. Mengapa.... begitu mudahnya seorang perempuan menyakitkan hati kaum sejenisnya demi meraih sebuah cinta yang sementara yang baginya amat didambakan sehinggakan mengguriskan dan menyakitkan hati orang lain.
Merenung kepada isteri yang teraniaya...hati mula mengerutu tertanya-tanya apa kurangnya dia? wajahnya yang lembut nan ayu..meneliti susuk tubuhnya yang masih cantik walaupun telah beranak enam...hati terdetik...anugerah seindah ini pun dipersiakan oleh sang suami yang ingin menikmati pucuk yang lebih muda. Geram bertandang dalam hati ku...memang ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah tapi agama kita tidak pernah menyuruh hambanya mempersiakan seorang isteri apatah lagi ibu kepada anak-anak kita demi memiliki yang lain.
Aku hanya mampu bersimpati...tidak bisa dapat merasai gelodak sebenar yang bersarang dan bernaung di danau hatinya..berat mata ku memandang berat lagi jiwanya yang terdera, berat lagi beban yang terpikul di bahunya. Sementelah lagi si suami yang sudah mula melupakan anak- anak dan tanggung jawab kerana leka dalam rakulan yang lebih muda. Itulah manusia mudah lupa pada sejarah...tetapi sejarah tidak mungkin akan terpadam dan mana mungkin kita dapat menggulung sejarah semudah kita menggulung hamparan permaidani yang indah. Tidak salah jika seorang anak akan mula melupai sang ayah di hari-hari tuanya kerana sang ayah juga pernah merobek-robek dan mengguris luka jiwa seorang ibu mereka. Dan jangan persalahkan anak-anak jika si ayah itu dibiarkan menderita dan terpaksa sengsara di hari tuanya. Memang dia tetap seorang ayah ...tetap berjasa menzahirkan anak- anak ke dunia ini...tapi apalah besarnya jasa si ayah jika dibandingkan dengan gadaian nyawa ibu yang melahirkan mereka ke dunia...dan nilai seorang ibu adalah lebih mulia di sisi anak berbanding dengan si ayah...Syurga itu juga di letakkan di bawah tapak kaki seorang Ibu... walaupun ungkapan ini kekadang dianggap klise bagi orang-orang moden tetapi semua agama di dunia ini memuliakan seorang ibu,dan tidak siapa pun dapat menidakkan keistimewaan seorang ibu berbanding dengan si ayah.
Retoriknya jika si ayah berulang-ulang merobek-robekkan hati si ibu...si anak tidak akan memperjuangkan hak seorang ayah dan tidak mustahil akan tersimpan bara yang panas membara di hati anak-anak mengenangkan petualang si ayah yang mengkhianati cinta ibu mereka. Kini si ibu sendiri dalam meniti gelombang kemarau yang panjang...si ayah jauh melangkah pergi tidak menoleh lagi, manisnya pertemuan dulu...pahitnya perpisahan segalanya tidak dapat dibahasakan dengan kata-kata...setiap madah dan manis kata-kata bukan lagi miliknya tapi milik si muda yang membuatkan si ayah alpa.
Coretan ini bukan bermaksud aku terlalu taksud dan tamak memiliki sebuah cinta tetapi mengenangkan beberapa kesedihan yang panjang dalam diri kekawan yang cintanya dianiaya. Islam itu adil dan jika mampu berkongsilah kasih sayang .....dengan undang-undang dan syaratnya tidak ada yang teraniaya......tetapi berapa kerat yang mampu mengemudi haluan bahtera di di arus yang kuat...bila ombak kuat datang membadai...mula lah rapuh benteng kewarasan..... ...bila sudah selangkah taman hati memiliki dua penghuni...yang lama mulai diabaikan dan yang baru mula beraja di mata sehinggakan yang lama mula terpinggir bagaikan melukut di tepi gantang...adilkah?.
Lebih menggeramkan hati pula lancang mulut yang muda mendabik dada mengatakan si tua tidak pandai memikat suami, tidak tahu menjaga hati suami.....mulut memang boleh berkata-kata sesedap rasa kerana baru dua tiga saat hidup bersama...bila dah masa sedekad barulah tau siapa yang tidak tahu menilai siapa...dan kekadang dunia ini ibarat roda hari ini awak mencincang lumat hati orang lain...esuk lusa hati awak pula digerudi menjadi habuk yang yang menyakitkan mata.. di saat itu barulah terasa hilangnya kemegahan yang semuanya akan jatuh berserakkan....
Menatap satu persatu zuriat yang terbiar di depan mataku juga menambah lagi kepiluan yang bersarang dan bertandang di hati ku...sanggup si ayah mendera emosi zuriat sendiri demi kepentingan sendiri...benarlah apabila nafsu menguasai akal...manusia akan jadi pelupa..lupa segalanya...paling ngeri akan lupa pada hukum hakam dan tujuan kejadian kita yang sebenarnya. Jika dia seorang ayah yang baik tidak akan menganiaya zuriat keturunan yang diciptakanya sendiri...Ah! betapa silapnya si ayah jika memperjudikan hidupnya dengan mempertaruhkan masa depannya yang semakin tua untuk mengharapkan zuriat-zuriat baru dari wanita yang mula menguasai jiwanya...hari-hari tua akan diisi dengan tangisan bayi..berjaga malam...menukar lampin sedangkan si isteri tua yang teraniaya mulai merasai sinarnya yang lebih bahagia bersama anak-anak yang semakin dewasa dan bekerjaya... Si ayah yang terlupa akan kewujudan mereka akan sedar betapa bernilainya anak-anak ini di hari tua...akan mula mengeluh di mana anak- anak tidak menghiraukan dia yang sengsara...adillah...itulah keadilan...jika ketawa dan keindahan sementara yang dipinta jadi besedialah untuk sengsara di hari tua...tetapi yang sengsara dan terluka suatu masa akan bahagia jua kerana mentari tetap akan terbit memancarkan sinarnya....
Memang apa yang berlaku... begitu dan begini ada sebab dan musababnya..kita sebagai hamba tidak akan mampu menidakkan ketentuannya...tetapi kita boleh berdoa agar tidak tergolong dalam orang-orang yang menzalimi orang lain apatah lagi kaum keluarga..dan anak-anak permata hati kita sendiri...Ya Allah...minta dijauhkan...Amin!

Friday, February 12, 2010

dah dah lama tak menulis......

dah lama tk menulis....rindu

Wednesday, November 4, 2009

makin tiba....


Pejam celik...pejam celik...dah hampir ke .penghujung musim persekolahan 2009....anak-anak didik ku makin dekat nk exam spm.....mereka yang nak exam aku pula teruk seram sejuk memikirkan peratus sekolah bergantung pada subjek Bm.Dah macam2 usaha yang kami lakukan untuk meningkatkan peratus lulus....tapi apakan daya kalau mereka yang nk exam sendiri sambil lewa....apakan daya.....
Aku sydah memberikan yang terbaik dan yang setakat termampu oleh ku...moga dibukakan pintu hati dan dipermudahkan jalan mereka......Amin

Tuesday, September 15, 2009

saat berlalu pergi.....


Ramadhan yang datang semakin melabuhkan tirai dan bakal berlalu pergi.....terasa sayu kerana nikmatnya tidak mungkin sama dengan hari-hari biasa.....tinggallah aku insan yang kerdil dan hina yang amal ibadah yang dilakukan tidak seberapa. Terasa begitu kerdilnya aku jika dibandingkan dengan insan-insan yang berpeluang mendekatkan diri padaNya dengan penuh ruang dan kesempatan. Memang jika dihitungkan tuntutan dunia tidak akan berakhir jika mata belum dipejamkan selamanya....ada saja halangan untuk bertakwa padanya.....itu menunjukkan kita masih lagi jauh dariNya dan perlukan satu muhasabah diri untuk melastik jauh kesampingNya...Moga penghujung ramadhan ini aku masih lagi berkesempatan untuk bertakwa padaNya.
Persiapan raya tahun ini alakadar sahaja.....aku tidak ingin berbelanja besar untuk kami....cukuplah untuk anak-anak segala persiapan tersedia kerana Hari Raya ini lebih besar maknanya bagi mereka. Untuk puteri-puteriku telah dibeli 4 pasang baju raya dan untuk aku dan suami memadailah sepasang dua...yang penting ketibaan syawal ini akan kami sambut dengan penuh kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk merasai indahnya Ramadhan selama sebulan.
Tahun ni giliran kami beraya di Melaka kerana tahun lepas kami semua telah beraya di Kelantan.Beraya di rumah mertua sama jugak bagiku...kerana suasananya tetap meriah dengan kedatangan sedara mara . Tapi tahun ini rasanya sambutan syawal tidak semeriah sebelum ini kerana mak mertuaku tidak berapa sihat dan berulang masuk ke hospital.......rasanya takut tak berkesempatan untuk merasai kesedapan rendang yang dimasaknya.
Kami akan pulang pada pagi jumaat untuk mengelakkan kesesakan jalan...moga syawal ini dapat kami raikan dengan penuh kesyukuran....insyallah....

Monday, August 31, 2009

Ramadhan di Kelantan


Syoknya....dapat mula berpuasa bersama ma dan ayah di Kelantan....dapat berbuka dan bersahur bersama. Rumah yang sunyi diriuhkan dengan suara nakal puteri-puteriku yang becok bercerita dan bergaduh.
Hari pertama berpuasa...kami tiba dari Perak jam kul 6 lebih....sempat la rehat dulu sementara menanti waktu berbuka.....kuih muih telah kami beli di pasar Ramadahan Gua Musang.....macam-macam nak beli, yela dah lama tak dapat berpuasa di Kelantan, kecur air liur bila dapat lihat pelbagai juadah yang dirindui....alih-alih tangan dah penuh dengan makanan. Terpedaya gak ngan bisikan syaitan yang memujuk untuk membeli.
Time berbuka lagi best....dok bersila ramai-ramai smentara menunggu azan berkumandang....anak-anak becok bertanya tentang makanan yang pelik pada pandangan mereka....dah berbuka....huhu...dah dapat kurma sebiji, air tebu segelas terus kenyang... tu la...tadi perasaan tamak je nak beli macam-macam.
Tapi aku puas hati sebab seminggu di kelantan aku sempat merasa semua makanan yang teringin aku nak rasa seperti sagupal,butir nangka,putu mayang,puteri mandi,akok,netbat, murtabak Ayahanda dan Murtabak Pak Din Ghucil yang penuh dengan isi ayam ( kalau kat krai....memang digemari ramai dan terpaksa que untuk membelinya....aku pun sanggup beratur janji dapat merasa murtabaknya..... hari-hari kami beli sebab bila dah balik perak tak akan jumpa lagi murtabak yang sesedap itu).
Paling aku rindukan ialah ikan rebus goreng yang ibu aku buatkan...tak ada lauk lain pun aku tak kisah....hari-hari aku bersahur dengan ikan tersebut...tak pernah jemu , paling best bila makan nasi dengan ikan rebus goreng dan sayur lemak putih terung....huhuhu... bertambah-tambah nasi. Terasa berat hati nak kembali bekerja sebab aku akan merindui suasana itu bersama mak dan ayah. Tapi apakan daya.....tugas tetap tugas....Panjang umur kemabali lagi.....sayonara kampung ku

Tuesday, August 11, 2009

bila la nak mula mengarang semula


Dah lama tak mengarang.....bukan ape....idea tu ada mencurah-curah tetapi tak da masa nak rekodkan....ingat dah boleh terbitkan buku....tapi baru separuh jalan je....cover dah siap tapi tak da masa nak tulis....sepupu yang jadi penerbit dah sound cepat siapkan ....blog ni dah nak tutup dah..banyak sangat gangguan...nanti nak buka baru yang orang tertentu saja leh link ..... Insyaallah

Wednesday, August 5, 2009

Ujiannya.....

Sudah lama tidak mencatat di ruangan ini....terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk menulis....sibuk menanda skrip jawapan gerak gempur SPM...Gempur seribu...uruskan soalan percubaan PMR semua subjek....dan wat jadual pengawasan percubaan PMR.... dah settle semua baru rasa lega sikit...tapi menanda skrip gempur seribu lum siap.

Ya Allah!!! virus H1N1 menyerang......ini salah satu lagi ujian Tuhan atas kelalaian hambanya....Tuhan mengingatkan kita akan kebesarannya, terlalu ramai hambanya di dunia ini yang mula leka dan hanyut dengan nikmatnya....maka ujian ini datang untuk kita sedar akan kebesarannya....sebagai insan biasa termasuk diriku....kekadang lupa dan alpa....MasyALLAH!!!! kepadanya kita kembali memohon pertolongan dan bantuan....Marilah kita sama-sama bersembahyang hajat memohon perlindungan darinya agar dijauhi dari bala ini....

Tuesday, July 21, 2009

Renung-renungkan

Jika ada seorang yang tidak suka masih ok, jika seorang dua yang tidak berkenan pun kira ok...tetapi jika ada banyak yang bercerita dan mengata tentu ada yang tidak ok dan terkurang di mana-mana.....so muhasabah diri dimana letaknya kita antara ok dan tak ok itu....

Monday, July 13, 2009

eeeh....sibuk.


Minggu ni sangat sibuk.....siap soalan gerak gempur, siapakan maklumat smm dan bmm murid. Tapi alhamdulillah keadaan masih terkawal.....selagi masih bekerja selagi itulah akan sentiasa sibuk

Wednesday, July 8, 2009

hek eleh.....tekunnya dia bekerja

Dalam satu organisasi kerja....mesti akan ada jenis insan seperti ini....ada yang kuat bekerja daan tidak berkira tentang masa dan wang ringgit, ada yang suka mengambil kesempatan atas kerja orang lain dan ada yang suka mengelak bila disuruh buat kerja. Paling dasyat bila ada manusia yang mengaku dia yaang buat kerja sedangkan dia mengarahkan orang lain yang buat kerja tersebut. Adayang juga mulutnya bising bila bekerja dan suka menyakitkan hati orang lain kerana dia merasakan dia lagi berkuasa dan boleh menindas orang lain.....Harus diingatkan walau siapapunkita...tinggi atau rendah pangkat kita....kita tidak akan mampu mengatasi Si Dia yang maha berkuasa....kerana kuasa dia mengatasi segalanya.....Dan yang paling penting Doa orang yang teraniaya biasanya akan dimakbulkan Tuhan....
So....renung-renungkanlah....hidup kita jika kita tidak pernah menyenangkan orang lain janganlah sampai kita pula menyusahkannya....kerana jika dosa kita dengan Tuhan lambat laun akan diampunkan jua jika kita bertaubat....tetapi dosa sesama insan tidak akan terampun jika tuan empunya badan tidak memaafkannya. Tepuk kepala tanya hati dan minda...pilihlah jalan mana yaang harus anda terokai.

Sunday, July 5, 2009

Terima kasih....

Alhamdulillah....key in markah secara online dah settle....dan majlis interaksi dengan ibu bapa selesai.... Lepas satu beban. Terima kasih kepada semua guru yang bekerjasama bertungkus lumus mengisi markah hingga ada yang terpaksa lepak kat cyber cafe. Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf sekiranya dalam menjalankan tugas ada bicaraku yang mengguriskan hati dan terkasar bahasa. Bukan niat di hati untuk mengarah sesiapa ,tetapi aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan. Yang Lebih itu semuanya datang daripada Allah dan yang kurang itu adalah datang dari kelemahan dan kekhilafan ku sendiri.
Segala kesukaran dan masalah yang berlaku dan kelemahan penerangan kepada guru-guru , aku bagi pihak pentadbiran dan peperiksaan memohon maaf kerana kami juga tidak diberikan sepenuhnya perjalanan sistem tersebut semasa menerima taklimat dan disuruh belajar sendiri....semuanya kami belajar "try and error"....bila ada problem barulah belajar cara mengatasinya.
Sesuatu yang baru memang sukar pada permulaan tetapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi....Jadi kita ikutlah apa yang diarahkan dan terima perubahan dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu yang baru..."Think positive !!!!" kita pun berada di era yang lebih mencabar.

Wednesday, July 1, 2009

Adush! bertimpa-timpa kerja

Penat la.....kerja bertimpa-timpa, berilah peluang untuk bernafas...habis je urusan key in markah online.....terus majlis interaksi..., markah ujian lisan jugak nak dihantar...lepas tu uruskan gerak gempur lak.... entahla.... ini agaknya adat dunia bila yang boleh bekerja diberikan beban secukup-cukupnya, bila yang tak mampu bekerja lepas bebas dan bersenang lenang...terimalah seadanya selagi nafas masih bernyawa.....nak buat camana dah adat dunia....sekadar meluahkan je.

Tuesday, June 23, 2009

Usik-usik manja untuk anak-anakku


Anak-anak ku ( Coretan buat semua anak-anak didiku)
Sekilas pandangan jangan terus merungkai kesimpulan….begitu juga dengan telahan mu pada ku….ada yang melontarkan kata-kata aku sombong kerana kurang menghadiahkan senyuman….ada yang mengatakan aku penuh dengan sindiran bila menutur kata….Fahamilah apa yang tersurat…aku bisa jadi sesiapa saja…teman ibu, rakan dan pendengar yang setia.
Kekadang tutur kata yang tajam hanyalah untuk menyedarkan….wajah yang masam bukan bererti rajuk yang berpanjangan….hanya untuk menyulam ilmu di danau hat i. Aku masih punya akal yang subur mendiami taman hati dan semangat ku masih kental meresap ke seluruh akal dan jiwa untuk mendidik bangsa tercinta. Naluriku masih lagi setia untuk berbakti dan mencair di dalam jasad yang disuburi dengan kalimah maknawi dan hukum akal budi.
Hati yang mekar ini masih dibajai dengan luhur ilmu dan wadah pengetahuan yang ingin ku kongsi bagi menghidupkan akal dirimu dan ingin mengikis segala kejahilan serta kemalasan….kalau mampu ku basuh hatimu…akan aku lakukan.Tapi aku hanya insan yang segalanya terbatas…tidak mampu ku jangkau andai hati mu sendiri tidak berkemahuan Aku hanya insan kerdil .. ..Moga iltizam dan semangat dirimu menggapai impian tidak akan relai. Aku akan terus bersuara….melontarkan diksi dan morfologi agar mampu mengisi kamus jiwamu dengan ilmu.
Biarpun aku hanya guru Bahasa…tapi bahasa inilah bahasa lingua frangca….bahasa yang menjadi perantara yang penuh abjad dan aksara. Moga ajaran ku akan terus harum dan subur dalam jambangan memori mu…meski detik hari terus berputar jauh….dan andainya aku tiada lagi disampingmu….sudilah terpercik doa untuk mengingatiku. Moga wadah dan pesanku akan terus menjadi lirik yang akan kau kenangi menelusuri hidupmu. Moga kejayaan bersama mu di dunia dan di akhirat. Amin!!!!

Dalam mengukir rentak hidup…semua orang punya kisah tersendiri. Bukan semua kisah seseorang mudah likuan hidupnya…ada yang terlalu banyak menelan kelukaan yang menghiris hati. Bagi yang mudah memaafkan akan akur dengan kehendak takdir tapi bagi yang sukar menerima perjalanan pedih itu akan terus menangisi dengan tersisip rasa benc,i dendam, marah,geram…kerana kita insan biasa yang ada naluri yang menajamkan seluruh pancaindera.
Kita juga perlu sedar betapa berharganya sebuah pertemuan dan akur yang indah indah itu tidak semuanya mampu kita miliki. Mungkin ada benarnya tatkala kehilangan barulah kita menyedari kewujudannya dan bila saat kita terluka kita akan mengerti pedihnya….saat rindu datang menghimpit barulah kita sedar betapa bererti dan besarnya kehadiran seseorang. Hargai apa saja yang ada di depan kita……Usah sesekali mensia-siakannya kerana kita mungkin tidak berpeluang lagi memilikinya untuk kali kedua. Bisakah yang terpadam dinyala. Bisakah yang benci disayangi….bisakah yang didusta dimaafi….walau dihimpunkan sesalan belum terhakis kesakitan.

Alahai on -line markah


Pening lalat gak nak key in markah on line ni sebab linenya ada problem je...kejap on and off....so macamana cikgu-cikgu nak masuk markah.....pening gak nak menyelesaikan masalah ni....geram gak ni sebab selagi tak settle masaalah key- in markah ni selagi tu la hati tak tenang sebab kerja lum siap..... eeeeiiiii

Selamat Ulang Tahun Sayang


25 Jun....Selamat ulang Tahun sayang….
Selamat ulang tahun ke 37. Semakin bertambah usia….moga cinta kita juga akan terus mekar sematang hari –hari yang kita lewati. Aku sedar bukan mudah untuk mengejar mimpi indah yang kita lewati bersama ini. Pernah suatu ketika kita mengalah bila cabaran datang membadai, sudah jauh kita tempuh, mungkin ini hikmah yang menunggu di hujung jalan….kita mampu renangi bersama dan aku mampu menjadi penghuni taman hatimu dan kau jua yang memimpin tangan ku hingga ke tahap ini. Kau ada aku dan aku punya kamu…..
Jika halangan terus menduga teruskan perjalanan kita kerana aku ada di sisi setia menemani .Kekadang ku terasa kegagahan cinta kita akan terus diuji…apapun akhir penghujungnya kita doakan terus bersama. ….Sayangku kau tetap ada aku. Cinta kita satu kenyataan yang meleburkan semua batas antara kau dan aku .Kini hanya ada aku dan dirimu. Pedulikan tentang kata orang kerana cinta kita …hanya kita yang rasa.
Dia telah menentukannya, inilah takdirnya, pintu hatiku telah kau buka dan tak mampu ku menafikannya . Janji dengan ku semai cinta nan satu, Tuhan akan terus menguji kita tanpa berhenti….sama-sama kita menjaga hingga ke hujung nyawa. Kita hanya mampu merancang dan menaruh harapan tapi Dia jua yang menentukannya….andai takdir datang menguji jangan ada benci antara kita. Sama –sama kita berdoa padanya moga perjalanan kita terus direstui.
Sesungguhnya hadir mu dan puteri-puteri kita adalah satu kurnia yang mengindahkan lagi perjalanan hari-hariku. Dan moga hidup kita akan terus dalam kedamaian dan ketenangan . Moga kelopak kasih kita akan terus mekar tanpa direnggut rerumput jalang yang menjauhkan aku terpinggir dari diri mu.
Demi diri mu dan puteri-puteri kita aku tidak kisah digelar jiwang karat kerana itulah hakikatnya diri ku .….. SELAMAT ULANG TAHUN MOGA KETAKWAAN KITA PADANYA JUA SEMAKIN UTUH….kerana padanyalah seharusnya kita panjatkan segala doa dan kesyukuran ini. Moga kita terus di bawah kredhaanya Amin!!!!!.

Monday, June 22, 2009

Hari berganti

Happy Birthday ibu.....ucapan bermakna dari puteri-puteriku.....menyedarkan aku musim berganti dan telah terlalu banyak masa yang aku lewati....16 mei genap usiaku 35 tahun....bersamaan sambutan hari guru...Terima kasih atas hadiah-hadiah yang diberikan dan tanda ingatan sempena hari lahir, hari guru dan hadiah masuk rumah baru....terima kasih kepada K. kama dan K. Ila...kerana jambangan bunga yang indah...Kak Dee dengan cadar yang romantis....Ziela dengan fresh flower and all may students yang mengingati. 4 my loving hubby....thanks for your love.....suprise yang diberikan. I always love u....

Sunday, June 21, 2009

Baby dah berjalan.....


Bila si kecilku dah mula ligat berjalan....seronok tengok dia bagai gian nak berjalan dan tidak mau duduk diam....letih juga nak mengawalnya. Baby ni agak lambat gak dapat berjalan sebab umurnya setahun 3 bulan baru dapat berjalan dengan betul. Kalau kakak-kakaknya dulu sepuluh bulan dah berjalan....tapi baby cepat lak bercakap....seronok tengok dia bercakap terutama bila nak makan .....Ramai anak banyak la karenah yang perlu aku tangani

Tak ada idea la pulak......


Bila nak mencoret di blog ni idea keras dan membeku lak....bila bersendirian banyak lak idea mencurah-curah. Bila bersendirian tu banyak lak angan-angan dan kekadang teringatla kisah-kisah lama....semalam terkenangkan kekawan form six 1993 smkuala krai..... teringatlah kekawan yang pernah menceriakan hidupku....Azie, kak Long,Zita, Zulfa, Kak Wan, Noriza, Rafi, Adha, Azman....paling tak lupa Sulaiman yang banyak bergaduh dengan ku...
Aku di form six ni boleh tahan gak nakalnya....paling teringat aku pernah menyakat guru kelasku...Cikgu Ismail Seman dengan menyorok Kasutnya. Kenangan terindah bersama guru-guru Cikgu Nordin, Cikgu Rosnani, Cikgu Ramali....Moga kalian dilimpahi rahmat daan di bawah lindungannya. Kepada kekawan yang masih di daerah KRai sesekali jika ada masa terluang dan musim cuti sekolah bolehlah menjeguk diriku di Vistana Puteri dan moga hubungan yang terjalin terus berpanjangan .